'Job Description Template' Kerani Surat

‘Job Description Template’ Kerani Surat

Posted by

Kerani Surat atau Mail Clerk adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengedarkan surat dalam syarikat. Mereka menerima, mengasingkan dan menghantar surat ke jabatan yang berbeza.

Job description template untuk Kerani Surat ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Kerani Surat untuk mengendalikan, menyusun dan mengedarkan sampul surat dan bungkusan.

Dalam peranan ini, anda perlu rajin dan boleh dipercayai. Anda perlu menjadi seorang yang terperinci dan keupayaan untuk kekal tenang dan produktif apabila mengendalikan kesalahan surat atau pos.

Matlamat anda adalah untuk memastikan surat kami sampai kepada penerimanya dalam keadaan baik.

Tugas seorang Kerani Surat termasuklah:

  • Asingkan surat mengikut jabatan, lokasi atau kategori (cth. bil, notis, peribadi)
  • Cop dan rekod tarikh penerimaan dan nama pengirim surat
  • Simpan rekod pakej masuk, termasuk berat, alamat pemulangan dan yang berkaitan
  • Kumpul dan sediakan surat-menyurat untuk dihantar (cth. menggunakan setem yang sesuai, mengesahkan alamat)
  • Membetulkan dan memajukan semula surat tersalah alamat
  • Menguruskan penghantaran ekspres apabila diperlukan
  • Mengedarkan surat kepada individu atau jabatan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Kerani Surat atau Kerani Pejabat
  • Kemahiran komputer yang baik
  • Seorang yang terperinci
  • Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Kerani Surat?

Purata gaji bulanan untuk Kerani Surat adalah antara RM 1,800 hingga RM 3,590.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Kerani Surat ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Kerani Kemasukan Data

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *