‘Overthinking’ atau berfikir secara berlebih-lebihan boleh mengganggu kualiti hidup seseorang. Apabila seseorang itu terlalu banyak berfikir terutamanya perkara negatif, ia akan membuat individu itu tertekan dan boleh menyebabkan serangan anxiety.
Bagaimana nak kawal atau atasi masalah ‘overthinking’ ini? Berikut kami kongsikan antara lima cara mudah yang anda boleh cuba dan ikhtiar.
1. Terima kenyataan dan bersyukur
Walau apa pun situasi yang anda sedang alami, cuba terima kenyataan kerana itu adalah asam garam dalam kehidupan.
Apabila anda mula terima kenyataan dan bersyukur dengan apa yang telah Tuhan tetapkan, pastinya fikiran anda akan jadi lebih tenang.
2. Hidup untuk hari ini
Jangan terlalu fikirkan tentang apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Daripada anda menghabiskan masa dengan merisaukan perkara-perkara yang belum pasti, lebih baik tanamkan azam untuk lakukan yang terbaik hari ini agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. Beri ruang dan masa untuk diri
Setiap manusia perlu ruang dan masa untuk diri sendiri. Ambil seberapa lama masa yang anda perlukan untuk merasai dan menghayati emosi yang anda sedang alami. Jangan cuba menidakkan perasaan sendiri kerana ia akan menyebabkan perasaan tersebut semakin besar dan kuat sehingga mengganggu rutin harian anda.
Walau bagaimanapun, pesan pada diri bahawa apa yang anda rasa ketika ini adalah normal dan semuanya akan baik-baik sahaja.
4. Lakukan rutin atau aktiviti yang menggembirakan anda
Ketika anda diselubungi dengan perasaan negatif, cuba lakukan rutin atau aktiviti yang menggembirakan anda (self-care) contohnya menonton filem, berjalan di pantai atau menulis. Lakukan apa sahaja yang boleh mendatangkan aura positif kepada diri anda.
5. Belajar dari kesilapan
Kalau anda ‘overthinking’ sebab anda rasa anda ada banyak masalah, cuba lakukan sesi refleksi terhadap apa yang berlaku. Anda dapat lihat sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil agar anda dapat jadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda yang gemar ‘overthinking’.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com