'Job Description Template' Jurubank Peribadi

‘Job Description Template’ Jurubank Peribadi

Posted by

Jurubank Peribadi atau Personal Banker adalah individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan akaun dan kewangan pelanggan mereka. Mereka bertanggungjawab untuk mengawasi semua aspek akaun pelanggan mereka, memberikan mereka perkhidmatan perbankan seperti pinjaman atau kad kredit, dan menasihati peluang pelaburan.

Job description template untuk Jurubank Peribadi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Jurubank Peribadi untuk membantu pelanggan kami menguruskan akaun bank dan kewangan mereka. Anda akan bertanggungjawab untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan cross selling produk dan perkhidmatan kami kepada mereka.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Jurubank Peribadi termasuklah:

  • Menasihati pelanggan tentang perkhidmatan bank untuk keperluan mereka (cth. pinjaman dan kad kredit)
  • Mengurus akaun bank pelanggan; membuka, menutup dan mengawasi urus niaga
  • Selesaikan isu dengan perkhidmatan perbankan dan akaun
  • Rujuk pelanggan kepada pakar kewangan dalaman, sekiranya diperlukan
  • Reach out kepada bakal pelanggan untuk menjana perniagaan baharu
  • Mempersembahkan produk dan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan
  • Melaksanakan tugas pentadbiran (cth. memasukkan data ke dalam perisian perbankan)

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Jurubank Peribadi; pengalaman dalam jualan atau perkhidmatan pelanggan adalah satu kelebihan
  • Pengetahuan tentang amalan dan peraturan perbankan peribadi
  • Mahir dengan perisian perbankan; penggunaan MS Office yang sangat baik
  • Keupayaan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran
  • Kemahiran komunikasi dan perundingan yang sangat baik
  • Pendekatan berorientasikan pelanggan untuk menangani masalah
  • Ijazah dalam Kewangan, Perakaunan atau bidang yang berkaitan 

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Jurubank Peribadi?

Purata gaji bulanan untuk Jurubank Peribadi adalah antara RM 3,800 hingga RM 4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Jurubank Peribadi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *