‘Job Description Template’ Perunding Perniagaan

‘Job Description Template’ Perunding Perniagaan

Posted by

Perunding Perniagaan atau Business Consultant adalah individu yang menganalisis amalan organisasi, mengenal pasti kelemahan dan mengesyorkan penyelesaian. Perunding Perniagaan selalunya pakar dalam bidang tertentu seperti pemasaran, sumber manusia, pengurusan, kejuruteraan atau kewangan dan memberikan nasihat tentang tersebut.

Job description template untuk Perunding Perniagaan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Perunding Perniagaan yang berkelayakan dan bermotivasi untuk menilai dan memperbaharui operasi perniagaan, memberikan bimbingan pakar dan melaksanakan projek. Tanggungjawab Perunding Perniagaan termasuk menyemak dan menganalisis pelbagai aspek perniagaan, menyusun data dan laporan, membentangkan cadangan dan membimbing pelaksanaan projek baharu.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Perunding Perniagaan termasuklah:

  • Atur dan laksanakan projek perniagaan yang ditetapkan bagi pihak pelanggan (pengambilan, senarai gaji, kempen promosi dll.) mengikut keperluan pelanggan
  • Bertemu dengan pelanggan yang ditugaskan apabila diperlukan
  • Kumpul maklumat tentang perniagaan pelanggan melalui pelbagai kaedah (temu bual, tinjauan, membaca laporan dll.)
  • Menganalisis dan mentafsir data untuk melihat kelemahan dan masalah serta memahami puncanya
  • Merumuskan cadangan dan penyelesaian
  • Kemukakan penemuan dan cadangan kepada pelanggan dengan justifikasi yang mencukupi dan nasihat praktikal
  • Membangunkan rancangan perniagaan terperinci untuk memacu perubahan kecil atau radikal
  • Membantu pelanggan dalam melaksanakan rancangan dan menyelesaikan sebarang percanggahan 
  • Memberi panduan untuk sebarang masalah dan isu yang berlaku

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Perunding Perniagaan atau setaraf
  • Pengetahuan tentang perkara berkaitan perniagaan seperti IT, Pemasaran, HR dll.
  • Kemahiran dalam MS Office
  • Mahir dengan pelbagai pilihan perisian pengurusan perniagaan (CRM, ERP dll.) dan pangkalan data
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang
  • Berfikiran analitikal dengan kemahiran pengumpulan dan analisis data yang sangat baik
  • Kebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif
  • Pendidikan dalam pentadbiran perniagaan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Perunding Perniagaan?

Purata gaji bulanan untuk Perunding Perniagaan adalah antara RM 3,800 hingga RM 5,400.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Perunding Perniagaan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *