Kebaikan Berpelukan Sesama Manusia Dari Sudut Sains

Kebaikan Berpelukan Sesama Manusia Dari Sudut Sains

Posted by

Anda percaya tak kalau sebenarnya berpelukan dapat menjadikan anda lebih tenang dan gembira? Kalau anda perasan, ketika seseorang memeluk anda, semua rasa sedih dan gelisah seakan-akan hilang. 

Ada perasaan hangat yang menyusup masuk ke dalam hati. Dari sudut sains, berpelukan bukan setakat mampu menenangkan perasaan seseorang, bahkan ia lebih daripada itu. Berikut kami kongsikan antara enam kebaikan berpelukan sesama manusia dari sudut sains. 

1. Mampu menjauhkan diri dari tekanan (stres)

Kebaikan Berpelukan Sesama Manusia Dari Sudut Sains

Manusia memiliki keperluan untuk disentuh (dengan kasih sayang). Ketika keperluan tersebut dipenuhi, hormon di dalam tubuh anda dapat bekerja dengan baik. Menurut kajian, berpelukan mampu mengurangi rasa sakit, cemas, kemurungan atau perilaku agresif. 

Oleh itu, sekiranya ada individu yang anda kenal kelihatan stres atau sedang dalam keadaan tidak okay, cuba berikan mereka pelukan. 

2. Mampu menjadikan anda lebih gembira

Sekiranya anda berpelukan, menyentuh atau duduk berdekatan dengan seseorang lebih-lebih lagi jika anda menyukai mereka, hormon oksitoksin akan meningkat.

Ia adalah sejenis hormon yang berfungsi menyebarkan perasaan gembira, suka dan seronok di dalam tubuh badan. Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah dan stres.

Menurut sebuah kajian, hormon oksitoksin ini mempunyai manfaat yang sangat besar terutamanya bagi kaum wanita. Disebabkan itu, kaum wanita sangat gemar berpelukan dengan suami, anak atau individu yang rapat dengan mereka! Ia seakan-akan satu terapi mudah yang mampu membuat mereka berasa gembira.

3. Mengurangkan rasa takut atau fobia

Berpelukan mampu mengurangkan rasa takut atau fobia yang menghalang anda untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, individu yang takut dengan haiwan seperti lipas atau cicak pastinya akan mencari dan berpaut kepada anda. 

4. Mampu mengurangkan risiko penyakit

Menurut sebuah kajian yang dilakukan terhadap 400 individu dewasa, berpelukan dikatakan mampu mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit.

Alasannya adalah kerana individu yang mempunyai sistem sokongan yang banyak akan kurang mendapat risiko penyakit jika hendak dibandingkan dengan individu yang kurang sistem sokongan.

Dalam pada itu, dijelaskan juga individu dengan sistem sokongan yang banyak tidak menunjukkan simptom yang begitu teruk sekiranya jatuh sakit.

5. Penting untuk berkomunikasi

Seorang pakar psikologi iaitu Danielle Forshee berpendapat bahawa, lisan dan tulisan tidak cukup untuk berkomunikasi secara lengkap sebaliknya sentuhan juga sangat diperlukan.

Ini kerana ketika berada dalam kandungan si ibu, deria pertama yang tercipta adalah deria sentuhan. Maka, ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan si ibu ketika 9 bulan di dalam rahim.

Disebabkan itu, sentuhan adalah cara berkomunikasi yang paling utama dan penting. Ketika sudah dewasa, berpelukan adalah satu cara paling mudah untuk dilakukan sesama manusia untuk berkomunikasi.

6. Penting untuk selesaikan konflik

Kebaikan Berpelukan Sesama Manusia Dari Sudut Sains

Setiap kali anda sedang marah atau sedang dimarahi, cuba untuk alihkan rasa amarah anda itu dengan berpelukan. Ini pasti akan membuat pergaduhan itu terhenti secara tiba-tiba sahaja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *