‘Job Description Template’ Pengurus Kandungan

‘Job Description Template’ Pengurus Kandungan

Posted by

Pengurus Kandungan atau Content Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menerbitkan kandungan, menulis, menyunting dan membaca pruf (proofread), merangka strategi kandungan dan mengurus content team.

Job description template untuk Pengurus Kandungan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Kandungan yang berkelayakan untuk menyertai pasukan kami. Anda akan bertanggungjawab untuk mencipta, menambah baik dan mengekalkan kandungan untuk mencapai matlamat perniagaan kami. Tugas anda juga akan merangkumi perkongsian kandungan untuk meningkatkan brand awareness dan memantau trafik dan metrik web.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pengurus Kandungan termasuklah:

  • Membangunkan strategi kandungan 
  • Bekerjasama dengan marketing dan design team untuk merancang dan membangunkan site content, style dan layout
  • Cipta dan terbitkan content yang menarik
  • Edit, baca pruf dan perbaiki posting penulis
  • Berhubung dengan content writer untuk memastikan konsistensi jenama
  • Optimumkan kandungan mengikut SEO
  • Gunakan sistem pengurusan kandungan untuk menganalisis website traffic dan users engagement metrics
  • Urus content distribution ke saluran dalam talian dan platform media sosial untuk meningkatkan trafik web
  • Bangunkan kalender editorial
  • Pastikan pematuhan undang-undang (cth. hak cipta dan perlindungan data)
  • Ikuti perkembangan terkini dan jana idea baharu untuk menarik perhatian penonton

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai pengurus Kandungan
  • Mahir dengan MS Office dan WordPress
  • Pengetahuan teknikal asas HTML dan penerbitan web
  • Pengetahuan tentang SEO dan metrik trafik web
  • Mahir dengan media sosial
  • Kemahiran menulis yang sangat baik dalam bahasa Inggeris
  • Seorang yang terperinci
  • Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang baik
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Kewartawanan, Pemasaran atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Kandungan?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Kandungan adalah antara RM 4,200 hingga RM 8,600.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Kandungan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *