Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Tingkatkan Risiko Demensia!

Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Tingkatkan Risiko Demensia!

Posted by

Demensia adalah sindrom kemerosotan fungsi otak secara berperingkat. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti seperti berfikir, melakukan pertimbangan, memahami sesuatu dan memahami bahasa serta penurunan kecerdasan mental.

Menurut kajian yang dibuat oleh penyelidik daripada Universiti Australia Selatan dan Universiti Qatar, individu yang kerap makan makanan pedas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami demensia.

Seramai 4,582 orang dewasa telah turut serta dalam kaji selidik tersebut dan kebanyakannya berumur 55 tahun dan 15 tahun ke atas. 

Kerap Makan Makanan Pedas Boleh Tingkatkan Risiko Demensia!

Hasil menunjukkan bahawa peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari mengalami hampir dua kali ganda risiko penurunan memori dan kognisi yang kurang baik.

Menurut Dr. Zumin Shi yang mengetuai kajian itu, penggunaan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian mereka yang  terdahulu. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, mereka mendapati cili mempunyai kesan buruk terhadap kognisi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Satu analisis diet peserta menunjukkan bahawa kedua-dua lada cili segar dan kering mempunyai kesan ke atas ingatan tetapi bukannya lada hitam manis.

Jadi, untuk anda yang gemar dan seringkali makan makanan pedas, berpada-padalah dalam pengambilan makanan pedas agar tidak menjejaskan kesihatan anda di kemudian hari. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.

Sumber:  Mirror 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Bacaan lain: Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *