‘Job Description Template’ Kerani Pejabat

‘Job Description Template’ Kerani Pejabat

Posted by

Kerani Pejabat atau Office Clerk adalah individu yang bertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai tugas di sekitar pejabat seperti menaip dokumen, menjawab panggilan telefon dan memfailkan rekod. Tugas Kerani Pejabat adalah berbeza-beza bergantung pada keperluan majikan.

Job description template untuk Kerani Pejabat ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Syarikat kami sedang mencari Kerani Pejabat untuk menyelia semua tugas pentadbiran dan perkeranian. Sekiranya anda seorang profesional berorientasikan perincian serta mempunyai pengalaman sebagai Kerani Pejabat, kami memerlukan anda. 

Tugas anda termasuk menjawab telefon, mengedarkan mel, merekod minit mesyuarat dan menyelenggara fail syarikat. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Kerani Pejabat termasuklah:

  • Mengekalkan fail dan rekod agar ia dikemas kini dan mudah diakses
  • Mengemas dan mengedarkan mel masuk dan sediakan mel keluar (sampul surat, bungkusan, dsb.)
  • Menjawab panggilan telefon untuk menerima mesej atau redirect panggilan kepada rakan sekerja yang lain
  • Menggunakan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, pencetak dsb.
  • Menjalankan tugas bookkeeping dan mengeluarkan invois, cek dsb.
  • Merekod minit mesyuarat
  • Membantu dalam pengurusan pejabat dan prosedur organisasi
  • Memantau stok bekalan pejabat (klip kertas, alat tulis dll.) dan laporkan apabila terdapat kekurangan
  • Membantu dalam membuat pengaturan perjalanan dan menempah tempat untuk persidangan dan acara
  • Melaksanakan tugas-tugas pejabat lain yang diarahkan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Kerani Pejabat atau jawatan yang berkaitan
  • Mahir dengan prosedur pejabat dan prinsip perakaunan asas
  • Mempunyai pengetahuan kerja tentang peranti dan proses pejabat
  • Seorang jurutaip yang pantas 
  • Pengetahuan yang sangat baik tentang MS Office
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Kebolehan untuk multitasking
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Kerani Pejabat?

Purata gaji bulanan untuk Kerani Pejabat adalah antara RM 1,700 hingga RM 2,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Kerani Pejabat ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Kerani Kemasukan Data

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *