‘Job Description Template’ Juruaudit Luar

‘Job Description Template’ Juruaudit Luar

Posted by

Juruaudit Luar atau External Auditor adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyemak maklumat kewangan syarikat dan melaporkan sebarang penemuan. Juruaudit Luar bertanggungjawab untuk menyiasat penyata kewangan untuk kesilapan dan penipuan, melaksanakan audit ke atas operasi, dan melaporkan penemuan, dan memberikan cadangan.

Job description template untuk Juruaudit Luar ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruaudit Luar untuk meneliti penyata kewangan organisasi dan memberikan maklum balas. Tanggungjawab Juruaudit Luar termasuk merancang proses pengauditan yang berkesan, melaksanakan audit, dan melaporkan kembali penemuan.

Untuk berjaya sebagai Juruaudit Luar, anda perlu mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang prinsip pengauditan, bersifat analitikal, dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Juruaudit Luar termasuklah:

  • Menilai penyata kewangan dan menilai akaun untuk ketepatan dan pematuhan
  • Menyiasat sistem dan operasi dalaman
  • Menilai pendekatan pengurusan risiko
  • Menjalankan audit untuk jabatan lain, sekiranya keperluan
  • Melaporkan kesilapan dan penipuan
  • Menyediakan laporan maklum balas tentang penemuan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan atau kewangan.
  • Pengalaman sebagai Juruaudit Luar.
  • Pengalaman dalam analisis data dan pelaporan (reporting) mengenai kewangan
  • Pengetahuan yang kukuh tentang prinsip perakaunan
  • Kebolehan membuat keputusan yang baik
  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Profesional dan boleh dipercayai

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruaudit Luar?

Purata gaji bulanan untuk Juruaudit Luar adalah antara RM 3,560 hingga RM 9,970.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruaudit Luar ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Juruaudit

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *