‘Job Description Template’ Penganalisis Kewangan

‘Job Description Template’ Penganalisis Kewangan

Posted by

Penganalisis Kewangan atau Financial Analyst adalah individu yang bertanggungjawab untuk menasihati syarikat dan team mengenai hal kewangan termasuk keputusan pelaburan dalam saham. Penganalisis Kewangan akan menganalisis peluang pelaburan untuk menentukan potensi pulangan pelaburan dan memberikan panduan untuk memaksimumkan prestasi kewangan.

Job description template untuk Penganalisis Kewangan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penganalisis Kewangan yang akan menghabiskan hari anda menganalisis sejumlah besar data kewangan dan menyediakan pelbagai laporan perakaunan dan kewangan berdasarkan data yang disediakan. Untuk berjaya dalam jawatan ini, anda memerlukan pengetahuan tentang pelbagai ramalan kewangan dan model kewangan korporat.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Penganalisis Kewangan termasuklah:

  • Menganalisis data kewangan
  • Menyelidik keadaan makroekonomi dan mikroekonomi
  • Menyediakan perakaunan dan laporan dan unjuran lain yang diperlukan berdasarkan analisis yang dilakukan
  • Menilai perbelanjaan modal dan susut nilai aset
  • Mewujudkan dan menilai rekod, penyata dan rancangan keuntungan
  • Mengenal pasti arah aliran prestasi kewangan dan risiko kewangan, dan membuat cadangan
  • Menyediakan cadangan untuk penambahbaikan berdasarkan arah aliran
  • Menyelaras dengan ahli pasukan kewangan yang lain, seperti penganalisis risiko sekiranya diperlukan untuk menyemak maklumat dan ramalan kewangan
  • Menyediakan model kewangan
  • Membuat ramalan kewangan
  • Menganalisis inventori

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam perniagaan, perakaunan, kewangan, ekonomi, atau bidang berkaitan
  • Pengalaman dalam industri kewangan
  • Kemahiran dengan spreadsheets, pangkalan data dan aplikasi perisian kewangan
  • Kemahiran pembentangan, reporting dan komunikasi yang cemerlang
  • Pengetahuan tentang ramalan dan diagnosis kewangan, kewangan korporat, dan analisis maklumat.
  • Mahir dalam Word, Excel, Outlook dan PowerPoint
  • Mahir menggunakan komputer untuk pelbagai tugas
  • Pemahaman yang mendalam tentang sistem dan institusi kewangan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penganalisis Kewangan?

Purata gaji bulanan untuk Penganalisis Kewangan adalah antara RM 3,800 hingga RM 5,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penganalisis Kewangan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Kewangan

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *