‘Job Description Template’ Pengawal Kewangan

‘Job Description Template’ Pengawal Kewangan

Posted by

Pengawal Kewangan atau Financial Controller adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyelia fungsi perakaunan harian, menyepadukan operasi kewangan, ramalan (forecasting) dan belanjawan, mengendalikan urusan cukai, menyediakan laporan kewangan dan memastikan kestabilan kewangan organisasi.

Job description template untuk Pengawal Kewangan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengawal Kewangan yang berpengalaman untuk melaksanakan semua aspek pengurusan kewangan termasuk perakaunan korporat, penyediaan belanjawan dan forecasts serta pembangunan dasar dan prosedur kawalan dalaman. Tanggungjawab Pengawal Kewangan juga akan merangkumi pengurusan risiko kewangan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pengawal Kewangan termasuklah:

  • Menyediakan laporan kewangan
  • Menganalisis data kewangan
  • Memantau kawalan dalaman (internal controls)
  • Menyelia dan menyediakan penyata pendapatan
  • Mengambil bahagian dalam proses belanjawan
  • Menguruskan transaksi kewangan
  • Memperkemas fungsi dan operasi perakaunan
  • Membangunkan rancangan untuk pertumbuhan kewangan
  • Menilai dan mengurus risiko
  • Menyelaraskan proses audit

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana dalam Perakaunan atau setaraf
  • Pengalaman dalam pengurusan kewangan
  • Kemahiran komunikasi yang baik
  • Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Mempunyai pengetahuan yang kuat tentang asas perakaunan
  • Memiliki pengalaman mengaudit
  • Mempunyai kemahiran dalam perisian perakaunan.
  • Memiliki kemahiran analitikal

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengawal Kewangan?

Purata gaji bulanan untuk Pengawal Kewangan adalah antara RM 12,750 hingga RM 15,250.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengawal Kewangan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Kewangan

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *