Perancang Kewangan atau Financial Planner adalah individu yang bertanggungjawab untuk menganalisis penyata kewangan syarikat atau individu untuk mengenal pasti risiko, ganjaran dan peluang. Mereka ini juga bertanggungjawab untuk menganalisis status kewangan, membangunkan belanjawan dan menyediakan laporan analisis.
Job description template untuk Perancang Kewangan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Perancang Kewangan yang profesional dan berbakat untuk menyertai jabatan kewangan kami. Kami perlukan individu yang akan memastikan pelanggan kami membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan untuk mencapai matlamat kewangan mereka. Untuk jawatan ini, anda akan bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan pelanggan kami, bertindak sebagai penasihat dalam pelaburan, simpanan dan pengurusan hutang.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Perancang Kewangan termasuklah:
- Menganalisis status kewangan pelanggan (cth. pendapatan, perbelanjaan dan liabiliti)
- Memeriksa dan mencadangkan peluang kewangan (cth. pelan insurans, pelaburan)
- Membangunkan rancangan dan belanjawan yang kukuh untuk pelanggan
- Menyesuaikan rancangan kewangan mengikut perubahan keperluan pelanggan
- Membantu pelanggan menjalankan transaksi
- Mempersembahkan dan menjual produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai
- Mencari dan dekati bakal pelanggan
- Membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan mengekalkan pelanggan sedia ada
Syarat kelayakan
- Pengalaman sebagai Perancang Kewangan atau jawatan yang berkaitan
- Memiliki pengalaman dalam jualan atau perkhidmatan pelanggan (customer service) adalah satu kelebihan
- Keupayaan untuk menganalisis maklumat kewangan dan mematuhi peraturan
- Kemahiran dalam sistem MS Office dan CRM
- Seorang yang terperinci dan mempunyai kemahiran matematik yang cemerlang
- Memiliki kemahiran komunikasi yang baik
- Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan, kewangan, pentadbiran perniagaan atau bidang yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Perancang Kewangan?
Purata gaji bulanan untuk Perancang Kewangan adalah antara RM 4,100 hingga RM 6,600.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Perancang Kewangan ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com