5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Posted by

Kebolehan atau ‘superpower’ yang dimiliki oleh haiwan-haiwan ini kelihatan seperti dongeng tetapi ia sebenarnya memang benar-benar wujud. 

Berikut kami kongsikan antara lima haiwan yang memiliki ‘superpower’.

1. Sotong

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Sotong mempunyai antara ‘superpower’ yang paling menarik, malah mungkin diingini oleh semua manusia. Ia mempunyai keupayaan untuk membuat dirinya tidak kelihatan di mata makhluk lain. 

Ia dapat menyamar menjadi bentuk akuatik dan mencacatkan rupa sendiri bagi menyembunyikan diri daripada pemangsa.

Para penyelidik sangat kagum dengan kemampuan unik sotong ini yang mampu bersembunyi di sebalik warna dan tekstur persekitarannya.

Sotong mengawal pergerakannya dengan tindakan langsung neuron pada kulit.

2. Kelawar

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Kelawar memiliki deria keenam, ketujuh dan kelapan yang terdiri daripada ekolokasi, geomagnetism dan polarisasi.

Deria ekolokasi digunakan untuk menentukan lokasi objek dengan menggunakan bunyi pantulan dan membolehkan ia bergerak, memburu, mengenal pasti rakan dan musuh dalam kegelapan.

Deria geomagnetik pula digunakan sebagai kompas bagi menavigasi jarak jauh untuk penghijrahan.

Kelawar dapat melakukan penglihatan terpolarisasi di mana ia dapat melihat matahari di langit walaupun matahari dilindungi awan mendung atau ketika matahari terbenam.

3. Sloth

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Walaupun dikenali sebagai haiwan yang malas dan lambat, namun sebenarnya ia memiliki ‘superpower’ tersendiri. Secara biologi, sloth dicipta untuk jatuh dari pokok dan ia boleh terselamat dari hampir kesemua luka.

Haiwan ini dapat pulih dari kecederaan yang boleh membunuh haiwan-haiwan lain. Selain itu, rekahan berongga pada bulu-bulu sloth juga membolehkan pelbagai jenis alga dan kulat tumbuh di sekitar bulu haiwan tersebut, yang menjadikannya kelihatan hijau.

Kulat tertentu yang hidup dalam bulu sloth ini aktif melawan bakteria, barah dan juga parasit.

4. Rusa tundra

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Ia merupakan spesies rusa dari wilayah tundra dan subarktik di Eurasia dan juga Amerika Utara yang memiliki keupayaan kelihatan yang hebat.

Ia berupaya untuk mengubah penglihatan dalam keadaan pencahayaan yang berbeza di mana penglihatannya mampu diperluas kepada ultraviolet dekat (UV).

‘Superpower’ ini membolehkan ia menggunakan cahaya musim sejuk yang kaya dengan UV dalam cuaca gelap.

Mata rusa ini akan bertukar menjadi biru gelap pada musim sejuk manakala pada musim panas pula, mata haiwan ini akan menjadi kuning keemasan.

Daya penglihatan yang cukup hebat ini membantu rusa mengesan dan mengelakkan diri daripada pemangsa pada musim sejuk.

5. Timun laut (gamat)

5 Haiwan Ini Sebenarnya Memiliki ‘Superpower’

Timun laut atau lebih dikenali sebagai gamat mampu menjana semula organ dalam badannya. Ia juga boleh mengecutkan otot dan mengeluarkan beberapa organ dalaman dari bahagian punggung.

Haiwan ini turut membunuh musuhnya melalui punggungnya dan organ-organ yang ‘diberak’ tersebut kemudiannya dihasilkan semula.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *