Ketua Pegawai Teknologi atau Chief Technology Officer (CTO) adalah individu yang bertanggungjawab untuk membuat semua keputusan eksekutif berkenaan dengan kepentingan teknologi sesebuah syarikat. Ketua Pegawai Teknologi bertanggungjawab untuk menggariskan visi teknologi syarikat, melaksanakan strategi teknologi dan memastikan sumber teknologi sejajar dengan keperluan perniagaan syarikat.
Job description template untuk Ketua Pegawai Teknologi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Ketua Pegawai Teknologi (CTO) untuk menyediakan kepimpinan teknikal dalam semua aspek perniagaan kami. Anda akan berkomunikasi dengan pekerja, pihak berkepentingan dan pelanggan untuk memastikan teknologi syarikat kami digunakan dengan sewajarnya.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Ketua Pegawai Teknologi termasuklah:
- Menetapkan visi bagaimana teknologi akan digunakan dalam syarikat
- Memastikan sumber teknologi memenuhi keperluan jangka pendek dan jangka panjang syarikat.
- Gariskan matlamat untuk penyelidikan dan pembangunan.
- Mencipta garis masa untuk pembangunan dan penggunaan semua perkhidmatan teknologi.
- Membuat keputusan eksekutif bagi pihak keperluan teknologi syarikat.
- Bertindak sebagai mentor kepada ahli pasukan.
- Mengekalkan pandangan tertumpu kepada pengguna dan membantu dalam penyampaian projek IT ke pasaran.
- Menguruskan belanjawan teknologi dan rangka masa.
- Mengekalkan perkembangan dan aliran teknologi.
- Memastikan semua amalan teknologi mematuhi piawaian kawal selia.
Syarat kelayakan
- Ijazah Sarjana dalam sains komputer atau bidang berkaitan
- 8 tahun pengalaman dalam bidang teknologi
- 5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan
- Mempunyai advanced technological skill set
- Memiliki kemahiran team management yang baik
- Mempunyai komunikasi lisan dan bertulis yang baik
- Pengetahuan industri yang luas
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Ketua Pegawai Teknologi?
Purata gaji bulanan untuk Ketua Pegawai Teknologi adalah antara RM 4,850 hingga RM 15,4000.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Ketua Pegawai Teknologi ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com