‘Job Description Template’ Perunding IT

‘Job Description Template’ Perunding IT

Posted by

Perunding IT atau IT Consultant adalah individu yang bertanggungjawab untuk menilai sistem IT syarikat untuk membantu mencapai objektif perniagaan syarikat. Tugas utama Perunding IT termasuk menganalisis dan mendiagnosis infrastruktur IT syarikat, memahami keperluan perniagaan pelanggan, dan mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian teknologi.

Job description template untuk Perunding IT ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari pakar teknologi yang kreatif menyelesaikan masalah untuk jawatan Perunding IT. Perunding IT bertanggungjawab untuk melaksanakan penyelesaian teknologi untuk menyelesaikan masalah perniagaan, mencipta jadual untuk analisis, pelaksanaan dan ujian teknologi dan bekerjasama dengan pasukan teknikal dalaman untuk memastikan konsistensi penggunaan.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Perunding IT termasuklah:

  • Menganalisis sistem dan infrastruktur IT syarikat
  • Mendiagnosis masalah sistem IT, ketidakcekapan dan kelemahan
  • Merancang timeline untuk menyiapkan projek
  • Memahami keperluan perniagaan pelanggan
  • Melaksanakan penyelesaian teknologi untuk memenuhi keperluan perniagaan
  • Menganalisis dan menentukan ancaman keselamatan (security threats)
  • Bekerjasama dengan pasukan dalaman teknikal untuk memastikan kebiasaan dengan teknologi
  • Melatih kakitangan menggunakan sistem IT baharu
  • Memantau kejayaan penyelesaian IT
  • Menghasilkan laporan terperinci tentang keberkesanan teknologi

Syarat kelayakan

  • Ijazah dalam sains komputer, sistem maklumat, atau bidang berkaitan
  • Mahir dengan bahasa pangkalan data
  • Memiliki komunikasi bertulis dan lisan yang sangat baik
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
  • Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah
  • Memiliki pemikiran yang analitikal
  • Memiliki kemahiran pengurusan masa dan organisasi yang baik

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Perunding IT?

Purata gaji bulanan untuk Perunding IT adalah antara RM 5,800 hingga RM 8,820.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Perunding IT ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *