‘Job Description Template’ Setiausaha

‘Job Description Template’ Setiausaha

Posted by

Setiausaha/Pembantu Tadbir atau Secretary adalah individu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di pejabat.

Job description template untuk Setiausaha ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Setiausaha untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran serta mengalu-alukan pelawat dan klien ke pejabat. Setiausaha bertanggungjawab untuk menjawab panggilan telefon, membalas e-mel, dan menjadualkan mesyuarat.

Untuk berjaya sebagai setiausaha, anda perlu mempunyai kebolehan untuk multitasking. Setiausaha yang baik mempunyai kemahiran interpersonal yang baik serta pengalaman dalam bidang pentadbiran.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Setiausaha termasuklah:

  • Mengalu-alukan pelawat dan klien.
  • Menjawab panggilan telefon
  • Membalas e-mel
  • Menjadualkan mesyuarat.
  • Menyediakan bilik persidangan untuk mesyuarat
  • Membuat pengaturan perjalanan untuk eksekutif
  • Mencetak dan menyalin dokumen mengikut keperluan

Syarat kelayakan

  • Kemahiran menggunakan Microsoft Office
  • Seorang yang celik komputer 
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Keupayaan untuk multitasking
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik.
  • Memiliki pengalaman dalam bidang pentadbiran (administration)

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Setiausaha?

Purata gaji bulanan untuk Setiausaha adalah antara RM 3,000 hingga RM 4,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Setiausaha ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Kerani Pejabat

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *