‘Job Description Template’ Pakar Audiologi

‘Job Description Template’ Pakar Audiologi

Posted by

Pakar Audiologi atau Audiologist bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan professional yang komprehensif berkaitan tentang penilaian dan habilitasi atau rehabilitasi kepada individu yang mengalami masalah pendengaran dan keseimbangan, dan juga pencegahan terhadap masalah tersebut. 

Job description template untuk Pakar Audiologi ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar Audiologi untuk menyertai pasukan kami dan membantu pesakit kami dengan pelbagai masalah perubatan berkaitan telinga.

Tanggungjawab Pakar Audiologi termasuk berunding dengan pesakit untuk memahami keperluan perubatan mereka, menjalankan pelbagai ujian perubatan dan mengawasi proses pemulihan pesakit.

Anda juga akan membantu pesakit untuk mengenal pasti dan menangani pelbagai masalah kesihatan berkaitan telinga.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pakar Audiologi termasuklah:

  • Periksa telinga, pendengaran pesakit atau masalah lain yang berkaitan
  • Menilai keputusan peperiksaan dan mendiagnosis pesakit
  • Tentukan rawatan terbaik, mengambil kira keperluan dan kebimbangan pesakit
  • Pasang dan keluarkan alat bantu pendengaran
  • Menilai dan membuat susulan keadaan pesakit dan merekodkan sebarang perkembangan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Pakar Audiologi atau peranan yang berkaitan
  • Keupayaan untuk berkomunikasi dengan pesakit mengenai topik-topik yang sensitif
  • Bekerjasama dengan pakar perubatan lain untuk mendiagnosis dan merawat pesakit mengikut keperluan
  • Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah untuk mengenal pasti masalah berkaitan pesakit
  • Pendidikan yang berkaitan sebagai Pakar Audiologi

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar Audiologi?

Purata gaji bulanan untuk Pakar Audiologi adalah antara RM 6,550 hingga RM 18,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pakar Audiologi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Pakar Neurologi

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *