Template Jawapan Terima Panggilan Temu Duga Kerja

Template Jawapan Terima Panggilan Temu Duga Kerja

Posted by

Tahniah sekiranya anda telah berjaya mendapat panggilan temu duga di syarikat yang anda impikan. Tapi sebelum itu, pastikan anda balas e-mel yang dihantar kepada anda. 

Berikut kami kongsikan beberapa contoh jawapan/template yang anda boleh gunakan untuk membalas e-mel panggilan temu duga tersebut. 

  • Contoh jawapan sekiranya anda perlu ditemu duga secara bersemuka (face to face)

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana telah menghubungi saya berkenaan dengan jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. 

Saya bersedia untuk ditemu duga pada [hari, tarikh dan masa].

Saya menghargai peluang yang diberikan dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda dan team yang lain.

Terima kasih sekali lagi atas pertimbangan anda.

Yang benar,

[tandatangan dan nama]

[nombor telefon]

  • Contoh jawapan sekiranya anda perlu ditemu duga secara panggilan video

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana telah menghubungi saya berkenaan dengan jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. 

Saya bersedia untuk ditemu duga pada [hari, tarikh dan masa] melalui [panggilan video/Zoom/platform pilihan]. 

Saya menghargai peluang yang diberikan dan saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda dan team yang lain.

Terima kasih sekali lagi atas pertimbangan anda.

Yang benar,

[tandatangan dan nama]

[nombor telefon]

  • Contoh jawapan sekiranya ingin meminta penukaran tarikh temu duga

Kadangkala perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti kemalangan, kematian dan sebagainya. 

Berikut adalah template yang anda boleh gunakan untuk meminta perekrut menjadualkan semula sesi temu duga anda.

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana telah menghubungi saya berkenaan dengan jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya sangat teruja untuk membincangkan lebih lanjut tentang perkara ini dengan anda.

Malangnya, saya tidak dapat hadirkan diri pada [tarikh dan masa temu duga yang dicadangkan]. Saya memohon jasa baik pihak anda untuk menjadualkan semula sesi temu duga ini pada tarikh dan masa yang lain. 

Terima kasih atas pertimbangan pihak anda dan saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. 

Yang benar,

[tandatangan dan nama]

[nombor telefon]

  • Contoh jawapan sekiranya anda ingin menolak sesi temu duga kerja

Terdapat kemungkinan untuk anda menolak tawaran temu duga. Ini boleh berlaku sekiranya anda sedang atau sudah mempertimbangkan tawaran kerja lain atau mungkin menyedari bahawa pekerjaan yang anda mohon ini tidak sesuai untuk anda. 

Sekiranya anda perlu menolak tawaran temu duga, lakukannya dengan profesional. Berikut adalah template yang anda boleh gunakan untuk menolak tawaran sesi temu duga kerja.

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana telah menghubungi saya berkenaan dengan jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. 

Walau bagaimanapun, dengan berat hati saya ingin menarik balik permohonan kerja saya.

Semoga kita dapat bekerjasama pada masa hadapan dan saya doakan pihak anda berjaya dalam proses pengambilan pekerja.

Yang benar,

[tandatangan dan nama]

  • Contoh jawapan sekiranya anda ingin buat ‘follow up’ selepas sesi temu duga

Sebelum ini kami pernah konsgikan template follow up selepas selesai sesi temu duga. Klik sini untuk baca artikel penuh.

*Anda boleh ubah template yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Kesimpulannya, walaupun anda telah mendapat peluang untuk menghadiri sesi temu duga kerja, tetapi pastikan anda membalas e-mel untuk menghadiri sesi temu duga tersebut kerana ia memberi pandangan positif terhadap majikan/perekrut tehadap anda. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk jawatan yang anda mohon. 

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *