‘Job Description Template’ Pakar Kiropraktor

‘Job Description Template’ Pakar Kiropraktor

Posted by

Pakar Kiropraktor atau Chiropractor bertanggungjawab untuk merawat masalah yang berkaitan sistem muskuloskeletal. Fokus utamanya adalah penjagaan tulang belakang. Sistem muskuloskeletal terdiri daripada otot, tulang, sendi, tulang rawan dan tendon. Ia berfungsi menyokong tubuh seseorang, membolehkan seseorang bergerak dan melindungi organ.

Job description template untuk Pakar Kiropraktor ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar Kiropraktor untuk menyertai pasukan kami dan menyediakan penjagaan khusus kepada pesakit yang mengalami kecederaan otot, saraf dan tulang, dengan tumpuan pada bahagian belakang dan leher. 

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pakar Kiropraktor termasuklah:

  • Menasihati pesakit untuk menjalani cara hidup sihat 
  • Seorang yang bersemangat untuk belajar dan menerima ilmu 
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kuat
  • Mempunyai pengetahuan tentang keadaan muskuloskeletal 
  • Mempunyai kemahiran klinikal dan interpersonal yang baik
  • Mempunyai kemahiran analisis dan penyelesaian masalah yang berkesan
  • Memiliki semangat untuk mendidik pesakit
  • Keupayaan untuk mengendalikan dan mengangkat pesakit
  • Seorang yang sabar dan mempunyai sifat empati 

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Kiropraktor atau peranan yang berkaitan
  • Pengetahuan menyeluruh tentang kecederaan neuromuskuloskeletal, dan rawatannya
  • Memahami regangan, senaman, terapi dan perubahan diet yang boleh membantu pesakit menguruskan kesihatan mereka secara keseluruhan
  • Keupayaan untuk menganalisis keadaan pesakit berdasarkan pemerhatian dan ujian perubatan
  • Komitmen untuk menyediakan penjagaan yang terbaik
  • Pendidikan/Latihan dan/atau pensijilan yang berkaitan sebagai Kiropraktor

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar Kiropraktor?

Purata gaji bulanan untuk Pakar Kiropraktor adalah antara RM 3,6950 hingga RM 18,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Kiropraktor ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *