‘Job Description Template’ Pemeriksa Kawalan Kualiti

‘Job Description Template’ Pemeriksa Kawalan Kualiti

Posted by

Pemeriksa Kawalan Kualiti/Pemeriksa Kualiti atau Quality Control Inspector adalah individu yang bertanggungjawab untuk memantau kualiti produk atau bahan yang masuk dan keluar untuk syarikat. Pemeriksa Kawalan Kualiti ditugaskan untuk menjalankan ujian, menganalisis ukuran dan mengawasi proses pengeluaran. 

Job description template untuk Pemeriksa Kawalan Kualiti ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pemeriksa Kawalan Kualiti yang berpengalaman untuk menyertai production department kami. Sebagai Pemeriksa Kawalan Kualiti, anda akan mematuhi peraturan keselamatan syarikat kami dan menyelia proses pengeluaran untuk menjamin bahawa semua produk kami memenuhi jangkaan kualiti yang sepatutnya.

Calon yang dipilih akan melakukan penilaian produk secara kerap, merekodkan hasil pemeriksaan dan mengesyorkan penambahbaikan untuk  proses pengeluaran. 

Untuk berjaya dalam peranan ini, anda perlulah seorang yang terperinci dan mempunyai kebolehan teknikal dan matematik yang sangat baik.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pemeriksa Kawalan Kualiti termasuklah:

  • Melakukan penilaian kualiti secara kerap untuk semua bahan yang masuk daripada vendor dan produk yang keluar untuk penghantaran
  • Reject semua produk dan bahan yang gagal memenuhi jangkaan kualiti
  • Baca pelan tindakan (blueprints) untuk memahami keperluan produk dan perkhidmatan
  • Ukur dimensi produk, periksa kefungsian dan bandingkan produk akhir dengan spesifikasi
  • Mengesyorkan penambahbaikan kepada proses pengeluaran untuk memastikan kawalan kualiti
  • Mencatat hasil pemeriksaan dengan melengkapkan laporan terperinci dan rekod prestasi
  • Membimbing production department tentang kebimbangan kawalan kualiti untuk meningkatkan kecemerlangan produk
  • Menyelia proses pengeluaran
  • Selesaikan isu berkaitan kualiti tepat pada masanya

Syarat kelayakan

  • Memiliki pendidikan yang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam jawatan yang sama
  • Mempunyai pengetahuan yang baik tentang MS Office
  • Mempunyai kemahiran matematik dan teknikal yang baik
  • Mahir tentang piawaian kawalan kualiti dan teknik ujian (testing techniques)

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pemeriksa Kawalan Kualiti?

Purata gaji bulanan untuk Pemeriksa Kawalan Kualiti adalah antara RM 1,900 hingga RM 2,900.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pemeriksa Kawalan Kualiti ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *