8 Tips Tampil Lebih Yakin Ketika Membuat Pembentangan

8 Tips Tampil Lebih Yakin Ketika Membuat Pembentangan

Posted by

Pembentangan atau presentation adalah suatu perkara yang biasa dilakukan ketika masih belajar mahupun ketika sudah bekerja. Namun, tidak semua orang tahu cara membuat pembentangan dengan baik dan berkesan. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lapan tips mudah untuk tampil lebih yakin ketika membuat pembentangan sama ada di universiti, kolej ataupun di tempat kerja. 

1. Buat latihan

Anda boleh cuba untuk buat latihan sebelum membuat pembentangan supaya anda lebih bersedia untuk melontarkan segala maklumat. 

Pastikan anda berlatih membuat pembentangan secara spontan dan bukannya menghafal teks. Sekiranya anda hanya menghafal, anda akan membuatkan diri anda menjadi lebih gugup. 

Bacaan lain: Nak Jadi Pekerja Cemerlang? Ikuti 5 Tips Mudah Ini

2. Ringkas, padat dan tepat

Pembentangan yang ringkas adalah lebih baik, namun perlu padat dengan segala informasi yang diperlukan. Pastikan informasi anda juga tepat.

Nyatakan perkara-perkara penting di awal dan akhir pembentangan agar audiens yang mendengar akan ingat mesej penting yang anda sampaikan.

3. Mulakan pembentangan dengan yakin dan bertenaga

Permulaan sesuatu pembentangan adalah penting untuk menarik perhatian audiens yang mendengar.

Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk menguatkan lagi pembentangan anda.

  1. Bertanyakan soalan
  2. Mulakan dengan quotes yang menarik
  3. Sertakan statistik, carta atau imej yang menarik
  4. Mainkan video ringkas semasa pembentangan
  5. Berkongsi cerita-cerita yang membawa kepada topik utama

4. Tunjukkan minat anda terhadap topik yang dibentangkan

Audiens yang mendengar pembentangan anda akan lebih tertarik sekiranya anda menunjukkan minat terhadap topik yang dibentangkan.

8 Tips Tampil Lebih Yakin Ketika Membuat Pembentangan

5. Gunakan visual

Gunakan visual untuk mengubah mood penonton dan pembentangan anda akan jadi lebih menarik lagi. Visual boleh dikongsikan dalam bentuk carta, gambar, lukisan mahupun video.

6. Pastikan suara anda jelas dan lantang

Gunakan suara yang kuat, jelas dan lantang. Tapi pastikan, suara anda tidak terlalu kuat sehingga mengganggu audiens untuk memberi perhatian. 

7. Jaga bahasa badan, pandangan mata dan mimik muka

Walaupun poin anda sudah cukup hebat, komunikasi bukan lisan tetap penting untuk bantu menyokong pembentangan anda. 

Antara contoh komunikasi bukan lisan adalah:

  1. Buat eye contact dengan audiens 
  2. Jangan duduk setempat. Kuasai ruang pembentangan anda
  3. Gunakan mimik muka untuk menyokong poin anda
  4. Berdiri tegak untuk menampakkan anda lebih bersemangat

8. Berinteraksi dengan audiens

Jangan lupa untuk berinteraksi dengan audiens. Anda boleh bertanya soalan berkenaan topik pembentangan anda. Dengan cara ini, suasana akan menjadi lebih riang dan audiens tidak akan mengantuk dengan pembentangan anda.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda untuk membuat pembentangan yang lebih baik dan berkesan.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *