Bagaimana anda ingin tahu sekiranya gaji anda sekarang ini overpaid atau underpaid? Jom baca artikel ini sampai habis!
5 Tanda Anda Overpaid
1. Prestasi tidak seiring dengan gaji
Sekiranya prestasi kerja anda tidak mencerminkan peningkatan yang signifikan dengan tanggungjawab, produktiviti, atau kejayaan anda, ini mungkin menggambarkan bahawa anda mungkin dibayar lebih daripada apa yang anda sebenarnya layak terima.
2. Kesan terhadap budaya kerja
Sekiranya jumlah gaji menyebabkan rasa ketidakpuasan atau kegelisahan dalam kalangan rakan sekerja, ini mungkin petanda bahawa nilai gaji anda melebihi norma budaya syarikat dan mengganggu keharmonian tempat kerja.
3. Perbandingan gaji dengan rakan sekerja
Bandingkan gaji dengan rakan sekerja yang mempunyai tanggungjawab dan pengalaman yang serupa atau yang lebih tinggi – adakah gaji anda lebih tinggi? Sekiranya perbezaan gaji anda adalah jauh lebih besar, ini mungkin petanda bahawa anda overpaid.
4. Tiada insentif tambahan
Salah satu tanda bahawa anda mungkin overpaid adalah apabila syarikat tidak memberikan insentif tambahan kepada anda seperti kenaikan gaji atau bonus prestasi.
Ini boleh menjadi petanda bahawa syarikat sedar nilai gaji anda mungkin sudah melebihi apa yang anda layak dapat.
5. Kecenderungan untuk terlibat dalam projek kecil
Sekiranya anda lebih kerap diberi tugas projek kecil atau projek yang tidak mempunyai impak besar terhadap syaraikat, ini mungkin menggambarkan bahawa syarikat sedang cuba memaksimumkan sumbangan anda.
5 Tanda Anda Underpaid
1. Beban kerja yang banyak tanpa kenaikan gaji
Sekiranya anda mendapati bahawa anda telah diberikan lebih banyak tugas dan tanggungjawab tetapi gaji anda tidak dinaikkan, ia jelas menunjukkan bahawa anda underpaid.
Apabila anda memberikan hasil kerja yang lebih baik atau telah berada di syarikat untuk jangka masa yang lama, anda seharusnya diberi pengiktirafan dalam bentuk kenaikan gaji. Sekiranya majikan tidak menghargai sumbangan anda, mungkin sudah tiba masanya untuk membincangkan isu ini dengan pihak pengurusan.
2. Perbezaan gaji dengan rakan sekerja
Sekiranya anda mendapati bahawa rakan sekerja anda dengan tahap pengalaman dan kecekapan yang sama dibayar lebih tinggi daripada anda, ini jelas menunjukkan bahawa anda underpaid.
3. Kurang pengetahuan tentang skala gaji pasaran
Salah satu petanda bahawa anda mungkin underpaid adalah kurangnya pengetahuan mengenai skala gaji pasaran untuk pekerjaan anda. Luangkan masa untuk menjalankan penyelidikan mengenai gaji purata untuk pekerjaan yang serupa di sektor anda atau kawasan geografi anda.
Dengan cara ini, anda dapat menilai sama ada gaji anda mencerminkan kecekapan, pengalaman, dan tanggungjawab yang anda bawa ke meja kerja.
4. Tidak menerima penghargaan yang sepatutnya
Sekiranya anda telah memberikan sumbangan kepada syarikat dalam bentuk peningkatan produktiviti, pengurangan kos, atau hasil kerja yang cemerlang, tetapi tidak menerima pengiktirafan yang sesuai dalam bentuk kenaikan upah atau bonus, ini boleh menjadi petanda bahawa anda underpaid.
Anda berhak mendapat ganjaran yang setimpal dengan pencapaian dan sumbangan anda kepada syarikat.
5. Kenaikan kos sara hidup tidak seimbang dengan gaji
Sekiranya kos sara hidup meningkat tetapi gaji anda tidak bertambah, ini petanda bahawa anda underpaid. Inflasi dan kenaikan harga makanan, perumahan, dan perbelanjaan lain boleh memberi kesan terhadap kehidupan sehari anda
Oleh itu, sekiranya majikan anda tidak menyediakan kenaikan gaji yang mencukupi untuk menangani peningkatan kos sara hidup, ia mungkin masa untuk membincangkan isu ini dengan mereka.
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com