5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Posted by

Bercakap mengenai haiwan terbang, pastinya anda terfikirkan spesies burung atau kelawar. 

Namun, anda mungkin tidak sedar bahawa terdapat juga haiwan dari spesies lain seperti ikan, mamalia dan reptilia juga mampu untuk terbang. 

Berikut kami kongsikan antara lima haiwan yang mampu terbang yang anda tidak tahu. 

1. Labah-labah

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Labah-labah akan terbang dengan cara “menangkap” angin menggunakan helaian sutera yang dihasilkan. Tujuannya adalah untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

2. Sotong terbang

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Bagi sesetengah sotong daripada spesies Ommastrephidae, ia memiliki kebolehan untuk terbang. 

Para penyelidik dari Jepun mendapati bahawa sotong ini boleh meluncur sehingga 30 meter pada kelajuan 11.2 meter sesaat atau 40 kilometer sejam. 

3. Ikan pari Mobula

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Ikan pari Mobula memiliki rupa dan bentuk yang sama seperti kebanyakan ikan pari yang lain dengan siripnya seperti sayap besar.

Ia biasanya akan menggunakan kekuatan untuk melonjakkan diri di udara sebelum menjatuhkan diri ke dalam air. 

Ikan pari jenis ini mampu terbang sekitar 2 meter dari air.

4. Semut luncur

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Semut luncur tidak memiliki sayap, namun menguasai mod penerbangan yang sangat hebat.

Ahli Biologi University of California menemui fenomena semut luncur ini pada tahun 2005. Mereka mendapati bahawa serangga ini boleh berpusing 180 darjah di udara. 

Selain itu semut luncur akan masuk ke batang pokok dengan cara mengundur dan kemudiannya menendang menggunakan kaki belakang.

5. Ayam Belanda liar

5 Haiwan Mampu Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Ayam Belanda yang biasa anda lihat selalunya berada di atas tanah. Tapi bagi Ayam Belanda liar, ia mampu terbang walaupun dengan jarak yang agak pendek. 

Apabila haiwan ini terbang, ia mampu terbang dengan kelajuan sehingga 88 kilometer sejam. 

Walaupun berbadan besar, Ayam Belanda liar lebih hebat terbang berbanding memanjat pokok.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Iluminasi

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *