Kaunselor adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan sokongan kepada individu yang memerlukan dalam pelbagai isu kehidupan, termasuk pendidikan, pekerjaan, dan kesihatan mental. Mereka melakukan penilaian terhadap keperluan individu, menyediakan sesi kaunseling secara peribadi atau berkumpulan, dan merancang program-program intervensi yang sesuai.
Job description template untuk Kaunselor ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Kaunselor untuk membantu memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Kaunselor termasuklah:
- Memberikan bimbingan dan sokongan kepada individu dalam pelbagai isu kehidupan, termasuk pendidikan, pekerjaan, dan kesihatan mental
- Melakukan penilaian terhadap keperluan individu
- Menyediakan sesi kaunseling secara peribadi atau berkumpulan, dan merancang program-program intervensi yang sesuai
- Memberi panduan dalam pemilihan kerjaya, membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan institusi pengajian
- Memberi bimbingan kepada golongan yang memerlukan sokongan kesihatan mental
- Bekerjasama dengan pihak sekolah, institusi pengajian, dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan mental dan pendidikan
- Membantu individu menyusun strategi untuk mencapai objektif pekerjaan, merancang pembangunan profesional, dan memberi bimbingan dalam mengatasi cabaran kerja
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menyediakan khidmat kaunseling yang lebih baik
- Menyokong pembangunan komuniti melalui pendekatan pendidikan dan kesihatan mental
Syarat kelayakan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling)
- Mengikuti Kursus Pengesahan Kaunseling
- Telah menjalani Latihan Praktikal Kaunseling
- Telah mendaftar dengan Badan Profesional
- Memiliki kemahiran mendengar yang baik
- Memiliki kemahiran komunikasi yang baik
- Mempunyai perasaan empati
- Mempunyai kemahiran menilai
- Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah & menangani stres
- Mempunyai kemahiran membina hubungan
- Berpengetahuan profesional
- Bijak mengurus masa
- Mempunyai kemahiran pembelajaran seumur hidup
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Kaunselor?
Purata gaji bulanan untuk Kaunselor adalah antara RM 2,500 hingga RM 6,000.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Kaunselor ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com