8 Fakta Menarik Tentang Pasta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

8 Fakta Menarik Tentang Pasta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Posted by

Pasta adalah makanan olahan yang digunakan pada masakan Itali, dibuat dari campuran tepung gandum, air, telur, dan garam yang membentuk adunan yang boleh dibentuk menjadi berbagai variasi ukuran dan bentuk. 

Bersempena dengan Hari Pasti Sedunia yang jatuh pada hari ini, iaitu 25 Oktober, kami kongsikan kepada anda antara 8 fakta menarik tentang pasta yang anda mungkin tidak cakna.

1. Terdapat lebih dari 600 jenis pasta yang tersedia di seluruh dunia antaranya fettuccine, farfalle, ravioli, penne, spageti dan banyak lagi. Antara 3 bentuk pasta yang terkenal ialah, spageti, makaroni dan penne.

2. Orang Itali makan lebih daripada enam puluh paun pasta, setiap orang, setiap tahun.

3. Di Itali, mereka menghasilkan 1,432,990 tan pasta dalam setahun.

4. Hanya dua bahan sahaja yang digunakan untuk membuat pasta iaitu tepung dan air

Dengan menggunakan dua bahan ini, terciptalah spageti yang sempurna. Telur juga dikenali sebagai bahan sampingan untuk membuat pasta supaya ia lebih sedap.

5. Pasta berasal dari China atau Yunani. Hal ini kerana sekembalinya Marco Polo dari China pada abad ke-13, beliau kemudian memperkenalkan konsep pembuatan pasta.

6. Tiga hidangan pasta yang paling popular adalah keju makaroni, spageti bolognese, dan lasagna.

7. Pasta secara tradisinya dimakan dengan menggunakan tangan.

8. Pasta mempunyai banyak manfaat kesihatan, kerana ia rendah kalori dan mengandungi pelbagai nutrien dan mineral.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: The Fact Site

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *