‘Job Description Template’ Pembantu Tadbir

‘Job Description Template’ Pembantu Tadbir

Posted by

Pembantu Tadbir/Pentadbiran atau Administrative Assistant adalah individu yang bertanggungjawab sebagai penyokong/pembantu pentadbiran dan pengurusan dalam sesebuah organisasi. 

Job description template untuk Pembantu Tadbir ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembantu Tadbir untuk melaksanakan pelbagai tugas pentadbiran dan perkeranian. Tugas Pembantu Tadbir termasuk membantu dalam keperluan pejabat harian, menguruskan aktiviti pentadbiran am syarikat dan banyak lain.

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pembantu Tadbir termasuklah:

  • Menyokong pentadbiran dan pengurusan dalam sesuatu organisasi
  • Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan fail-fail, rekod dan dokumen
  • Memproses dan menyemak permohonan
  • Menguruskan jadual dan urusan perjalanan
  • Mengemaskini maklumat dan statistik
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan am dan lain-lain tugas-tugas yang diberikan oleh ketua jabatan atau atasan
  • Berhubung dengan kakitangan di dalam organisasi dan pelanggan luar untuk menjawab pertanyaan dan memberikan bantuan serta sokongan yang diperlukan

Syarat kelayakan

  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya
  • Berkebolehan berbahasa Malaysia dengan baik, sama ada lisan mahupun bertulis
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan disiplin yang serius
  • Memiliki kemahiran pengurusan masa dan tugas untuk menyelesaikan tugas dalam jangka masa yang ditetapkan
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik 
  • Mempunyai kemahiran penggunaan komputer untuk memproses data dan maklumat, dan juga untuk menggunakan aplikasi perkantoran seperti Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint
  • Mahir dalam penyelenggaraan fail dan dokumen 
  • Mahir menyelesaikan masalah dan bijak membuat keputusan
  • Memiliki kemahiran kebolehpercayaan dan ketelusan untuk menjaga kerahsiaan maklumat 
  • Boleh bekerjasama dalam pasukan 
  • Mempunyai kemahiran multitaskin
  • Mempunyai kemahiran penyampaian maklumat dengan jelas dan tepat

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Tadbir?

Purata gaji bulanan untuk Pembantu Tadbir adalah antara RM 2,100 hingga RM 2,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Tadbir ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *