Setiap individu memerlukan beberapa waktu untuk tertidur pada malam hari. Namun, berapa lama waktu yang diperlukan untuk seseorang itu tertidur?
Kependaman tidur atau latensi tidur (sleep latency) adalah masa yang diperlukan untuk tertidur selepas lampu dimatikan.
Artikel berkaitan: Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu
Menurut sumber, orang dewasa yang sihat dengan kependaman tidur yang normal biasanya memerlukan masa antara 10 hingga 20 minit untuk tertidur. Lebih sedikit waktu yang diperlukan, bermakna seseorang itu sangat mengantuk, sementara lebih banyak waktu yang diperlukan, bermaksud seseorang itu mempunyai kesukaran untuk tidur.
Sekiranya seseorang itu tersengguk-sengguk dalam masa kurang dari 5 minit, ia adalah tanda bahawa seseorang itu benar-benar keletihan. Tetapi sekiranya waktu yang diperlukan untuk tidur adalah lebih dari 20 hingga 30 minit secara berkala, ia merupakan tanda-tanda insomnia.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan stres, kemurungan atau bahkan rasa sakit yang kronik.
Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyukarkan anda untuk tertidur, termasuk ubat jenis stimulan, ubat bronkodilator, ubat anti kemurungan non-sedative, dan beta blocker.
Seseorang individu itu akan dapat tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk tertidur dengan mencatat masa ketika sedang bersiap-siap untuk tidur dan perkiraan waktu tertidur.
Ada juga yang menggunakan jam tangan pintar (smart watch) yang boleh membuat perkiraan waktu anda tertidur. Alat ini menggunakan sensor untuk mengesan gerakan dan pola nadi jantung untuk mengesan ketika seseorang tertidur.
Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com