4 Rahsia Tulis ‘Summary’ Di LinkedIn Agar Lebih Menyerlah

4 Rahsia Tulis ‘Summary’ Di LinkedIn Agar Lebih Menyerlah

Posted by

LinkedIn adalah rangkaian profesional terbesar yang digunakan untuk mencari kerja atau latihan praktikal yang bersesuaian dengan bidang kerjaya anda. Di zaman serba canggih ini, sudah ramai para majikan dan perekrut yang menjadikan LinkedIn sebagai salah satu medium untuk mencari pekerja.

Seseorang yang mempunyai profil LinkedIn pastinya ingin menulis banyak perkara di bahagian About/Summary seperti pengalaman kerja, pendidikan, pencapaian, penglibatan dan sebagainya. 

Tapi, bagaimana anda ingin jadikan About/Summary profil LinkedIn anda lebih menyerlah berbanding orang lain?

Berikut kami kongsikan 4 rahsia tulis About/Summary di profil LinkedIn anda agar lebih menyerlah.

Artikel berkaitan: 6 Cara Berkesan Pasarkan Diri Di LinkedIn

1. Serlahkan keperibadian dan tunjukkan value anda

4 Rahsia Tulis ‘Summary’ Di LinkedIn Agar Lebih Menyerlah

Tulis di bahagian About/Summary apa yang anda lakukan sebelum ini. Tidak perlu untuk ceritakan semua kemahiran anda, tetapi ceritakan bagaimana anda memanfaatkan kemahiran tersebut. 

Tunjukkan pencapaian anda secara spesifik.

Selain itu, dedahkan juga karakter diri anda, kerana itulah yang menjadikan anda berbeza daripada orang lain. 

2. Letakkan spacing di setiap perenggan

About/Summary LinkedIn anda tidak perlu terlalu panjang. Anda boleh pecahkannya kepada beberapa bahagian. Letak spacing pada setiap perenggan untuk asingkan bahagian pengenalan, nilai, kekuatan, pencapaian serta perkara-perkara menarik lain yang ingin diceritakan.

3. Pastikan hook anda menarik minat majikan/perekrut untuk membaca

Apabila anda menulis About/Summary, pastikan anda hook bakal majikan/perekrut untuk terus tetap berada di profil anda atau buat mereka untuk tekan see more.

Pastikan ayat pertama sudah menarik perhatian bakal majikan dan perekrut. Jangan bazirkan ruangan ini begitu sahaja.

4. Gunakan keywords

4 Rahsia Tulis ‘Summary’ Di LinkedIn Agar Lebih Menyerlah

LinkedIn boleh diibaratkan sebagai enjin carian (search engine).

Ia akan mengimbas (scan) kandungan profil anda dan akan tunjukkan keputusan (result) yang relevan. Oleh itu, anda perlu pastikan agar profil anda senang dicari.

Cuba cari mana-mana deskripsi kerja (job description) yang anda suka, dan cuba lihat perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pekerjaan tersebut. 

Masukkan perkataan yang sama (atau mungkin nama pekerjaan/jawatan) di About/Summary profil anda agar lebih banyak carian yang menunjukkan profil anda. 

Lebih senang profil anda ditemui, bermakna lebih tinggi peluang anda untuk menarik perhatian pihak bakal majikan/perekrut!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *