Ini Sebab Kenapa Safron Merupakan Antara Rempah Ratus Termahal Di Dunia

Ini Sebab Kenapa Safron Merupakan Antara Rempah Ratus Termahal Di Dunia

Posted by

Safron adalah salah satu rempah ratus yang berwarna merah yang popular dalam kalangan penggemar hidangan masakan dari Timur Tengah dan Asia Tenggara. Safron sering digunakan dalam masakan sebagai bahan pewarna.

Selain masakan seperti nasi dan lauk pauk, Safron juga digunakan secara meluas dalam hidangan minuman seperti teh dan juga susu. Safron memberi rasa seakan-akan rempah yang sedikit pahit dan tajam.

Asal Usul Safron

Ini Sebab Kenapa Safron Merupakan Antara Rempah Ratus Termahal Di Dunia

Safron merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada stigma sejenis bunga yang bernama Crocus sativus. Safron telah ditanam sejak ribuan tahun dahulu dan ia sering ditemui di sekitar Asia Tengah.

Menurut sumber, ada teori yang mengatakan bahawa pengambilan safron boleh meningkatkan mood seseorang selain turut memperbaiki daya ingatan atau memori individu secara menyeluruh.

Untuk pengetahuan, negara Iran merupakan antara negara pengeluar Safron terbesar di dunia yang mewakili hampir 40% dari jumlah keseluruhan eksport yang bernilai sekitar $105 juta. Negara lain yang turut mengeksport termasuklah Sepanyol, Perancis dan Saudi Arabia.

Kenapa Safron Merupakan Antara Rempah Ratus Termahal Di Dunia

Safron dikatakan merupakan antara rempah ratus termahal di dunia. Harganya yang mahal adalah disebabkan oleh proses untuk mendapatkannya yang agak sukar. Ini kerana kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga safron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual disebabkan struktur uratnya yang halus dan mudah rosak.

Jika dilihat dari sudut penanaman, pokok safron selalunya akan tumbuh di kawasan pergunungan dengan iklim sederhana. Namun bagi tujuan komersial, safron kini ditanam di kawasan tanah pamah.

Untuk pengetahuan, safron yang berkualiti boleh didapati dengan harga USD 5,000 untuk 450g yang mana bersamaan dengan RM21,235.

Semoga perkongsian ini memberi panduan dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: 5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *