10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

Posted by

Bidang perkomputeran merupakan antara salah satu bidang yang popular di kebanyakan universiti. Bukan hanya disebabkan peluang pekerjaan yang banyak, malah pendapatan yang tinggi serta skop kerja yang luas merupakan antara sebab bidang perkomputeran semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda zaman kini.

Untuk yang meminati bidang perkomputeran, kami kongsikan kepada anda antara 10 peluang pekerjaan yang sesuai untuk anda ceburi!

1. Jurureka Web (Web Designer)

Seorang Jurureka Web memainkan peranan penting untuk memastikan laman web (laman sesawang) dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Terdapat beberapa jenis Jurureka Web yang anda perlu tahu antaranya Front End Developer dan Back End Developer.

Front End Developer membangunkan laman web dan visual menggunakan HTML, CSS dan JavaScript manakala Back End Developer membangunkan web menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language)

2. Penganalisis Sistem (System Analyst)

Penganalisis Sistem bertanggugjawab untuk menganalisis, mereka bentuk dan melaksanakan sistem komputer. Seorang Penganalisis Sistem akan menganalisis masalah sistem, merancang dan menguji piawaian serta mencari penyelesaian.

Mereka juga perlu memastikan sistem yang dibina berfungsi dengan baik dan menepati kemahuan pelanggan.

3. Juruteknik Komputer (Computer Technician)

10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

Juruteknik Komputer bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem komputer dan sistem operasi.

Sekiranya menerima aduan tentang kerosakan sistem komputer, mereka perlu membaik pulih sistem tersebut agar kembali berfungsi seperti sedia kala.

Selain itu, Juruteknik Komputer juga akan memantau sistem berkenaan dari semasa ke semasa supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

4. Jurutera Rangkaian (Network Engineer)

10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

Jurutera rangkaian bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan mengawasi rangkaian komputer yang menyokong perkhidmatan suara, data, video dan rangkaian tanpa wayar.

Selain itu, mereka juga perlu memilih perisian yang patut digunakan bagi menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi di samping memperbaiki peralatan dan sistem yang sudah lama.

5. Jurutera Perisian (Software Engineer)

10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

Jurutera Perisian bertanggungjawab untuk mereka atau mengubah perisian bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk perisian tersebut. Mereka akan memastikan fungsi yang direka bertindak mengikut spesifikasi yang diingini.

6. Pengurus Teknologi Maklumat (IT) (Information Technology Manager)

Pengurus IT lazimnya diperlukan di semua syarikat. Mereka bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan dengan komputer dan sistem maklumat sesebuah syarikat bermula dari peralatan hingga ke perisian komputer sesebuah organisasi atau syarikat

Mereka juga bertanggungjawab kepada pemasangan dan penyelenggaraan.

7. Pakar Keselamatan Siber (Cyber Security Expert)

10 Peluang Pekerjaan Untuk Anda Yang Mahir Bidang Perkomputeran

Pakar Keselamatan Siber bertanggungjawab untuk mencegah serangan siber ke atas sistem maklumat yang mahu mendapatkan pelbagai akses untuk info tertentu.

8. Pengaturcara (Programmer)

Seorang Pengaturcara perlu menguasai beberapa bahasa pengaturcaraan seperti BASIC, C, C++, COBOL, Java, FORTRAN, Ada dan Pascal.

9. Pembangun Mudah Alih (Mobile Developer)

Pembangun Mudah Alih juga merupakan antara kerjaya dalam bidang perkomputeran yang anda boleh ceburi. 

Pembangun Mudah Alih bertanggungjawab untuk membina aplikasi untuk Android, iOS dan platform Windows Phone. Seiring dengan teknologi yang kian membangun, kepakaran sebegini sememangnya sangat diperlukan.

10. Pendidik (Educator)

Untuk anda yang memiliki jiwa pendidik, anda boleh juga menceburi bidang pendidikan yang mengkhususkan bidang perkomputeran!

Anda boleh memilih untuk menjadi guru IT atau pensyarah di universiti. 

Jadi, antara semua pekerjaan yang kami senaraikan ini, yang mana satu menjadi kerjaya idaman anda?

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *