Ini Sebab Kenapa Anda Tiada Selera Makan Apabila Sakit

Ini Sebab Kenapa Anda Tiada Selera Makan Apabila Sakit

Posted by

Apabila anda sakit, pastinya anda tidak mempunyai selera untuk makan bukan? Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai dysgeusia atau perubahan deria rasa.

Lidah akan terasa pahit dan semua makanan yang masuk ke dalam mulut akan berubah menjadi pahit, tawar dan mungkin juga akan merasa pelik.

Ini Sebab Kenapa Anda Tiada Selera Makan Apabila Sakit

Menurut kajian, perubahan deria rasa ketika sakit dipengaruhi protein daripada sistem imuninasi tubuh yang dikenali sebagai tumor necrosis factor (TNF).

Tubuh akan melepaskan zat kimia iaitu sitokin ketika berlakunya jangkitan dan keradangan. Sitokin atau protein yang membantu sel daya imunisasi ini membantu tubuh untuk melawan penyakit.

Pelepasan protein TNF tersebut dapat meningkatkan kepekaan rasa sehingga adakalanya mulut akan terasa lebih pahit berbanding biasa. Selain itu, penyebab mulut terasa pahit juga disebabkan penyakit tertentu yang membuatkan pesakit tidak peka terhadap bau.

Lidah pahit ketika sakit biasanya akan berterusan selama beberapa hari dan tidak memerlukan rawatan tertentu. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya seiring dengan sakit yang sedang dialami ketika itu.

Bacaan lain: Berhenti Ambil 7 Makanan Ini Kalau Anda Tak Nak Alami Sakit Kepala

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *