Ini Sebab Kenapa Doktor & Pakar Bedah Memakai Pakaian Berwarna Biru/Hijau

Ini Sebab Kenapa Doktor & Pakar Bedah Memakai Pakaian Berwarna Biru/Hijau

Posted by

Kalau anda perasan, doktor, pakar bedah mahupun pelawat yang masuk ke bilik/dewan pembedahan akan memakai pakaian berwarna biru atau hijau yang juga dipanggil surgical scrub.

Selain daripada peraturan kerja, ada sebab-sebab tertentu kenapa warna ini dipilih.

Ini Sebab Kenapa Doktor & Pakar Bedah Memakai Pakaian Berwarna Biru/Hijau

Menurut Scienceline, tujuan warna biru/hijau digunakan sebagai uniform adalah untuk melegakan mata para doktor/pakar bedah selepas mata mereka tertumpu ke warna merah di dalam pembedahan.

Sewaktu pembedahan berjalan, doktor akan melihat banyak darah. Tumpuan mata terlalu lama pada warna merah darah akan menimbulkan rasa pening, halusinasi dan kekeliruan pada titik fokus mata. 

Melihat warna merah dengan terlalu lama akan menyebabkan kepekaan seseorang terhadap warna merah menjadi berkurangan. Akibatnya, seseorang menjadi kurang jelas untuk melihat objek-objek lain. 

Keadaan ini tidak boleh berlaku pada doktor/pakar bedah yang sedang memberi tumpuan dalam melakukan pembedahan kepada pesakit.

Disebabkan itu, mereka mengenakan pakaian berwarna biru/hijau. Warna biru/hijau akan mengembalikan kesegaran mata dari dominasi warna merah darah yang mereka lihat sepanjang operasi pembedahan. Ia juga membantu meningkatkan ketajaman penglihatan dan menjadikan mereka lebih sensitif kepada warna merah.

Bukan itu sahaja, warna biru/hijau dapat membantu meneutralkan warna merah kerana biru/hijau merupakan warna yang berlawanan dengan warna merah dalam roda warna.

Ini Sebab Kenapa Doktor & Pakar Bedah Memakai Pakaian Berwarna Biru/Hijau

Artikel berkaitan: Why Do Doctors Wear Green Or Blue Scrubs?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *