Ini Sebab Kenapa Koleksi Muzium Tidak Boleh Disentuh

Ini Sebab Kenapa Koleksi Muzium Tidak Boleh Disentuh

Posted by

Muzium adalah institusi penting dalam konteks dunia moden yang berfungsi untuk memelihara, merawat, menyelidik, mendidik dan mempamerkan warisan sejarah.

Sebelum memasuki mana-mana muzium, pastinya terdapat peraturan dan etika yang perlu dipatuhi untuk memastikan warisannya tetap terjaga. Antara etika yang dilarang tetapi masih ada individu yang melakukannya adalah menyentuh koleksi/karya seni yang dipamerkan. 

Artikel berkaitan: 6 perangai pengunjung tidak bertimbang rasa buatkan orang marah

Ada sebabnya yang tersendiri kenapa koleksi muzium tidak boleh disentuh/dipegang. Menurut sumber, perubahan mendadak dalam kelembapan, suhu dan cahaya boleh merendahkan ‘kualiti’ objek. (koleksi/karya seni yang dipamerkan). Menyentuhnya juga akan menyebabkan kotoran dan minyak dari kulit anda pergi ke permukaan objek tersebut – dengan cara yang sama sekiranya anda meninggalkan cap jari di tempat kejadian jenayah. 

Selain itu, minyak dari kulit anda juga boleh menyebabkan kotoran kekal dalam satu tempoh yang lama, dan minyak berasid juga boleh merendahkan permukaan logam.

Bukan itu sahaja, anda juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan flash kamera kerana flash boleh menghancurkan bahan dan warna pada karya seni atau artifak.

Artikel berkaitan: Why You Can’t Take Photos in Museums

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda. 

Bacaan lain: Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Makan Makanan Hangus Atau Terbakar

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *