5 Etika Penting Menghadiri Mesyuarat

5 Etika Penting Menghadiri Mesyuarat

Posted by

Mesyuarat atau meeting yang berkesan akan memberi impak kepada produktiviti seseorang dan juga syarikat. Salah satu faktor utama yang mendorong mesyuarat yang berkesan adalah etika menghadiri mesyuarat yang ditunjukkan oleh individu yang menghadirinya.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 etika penting menghadiri mesyuarat dan sebab kenapa anda perlu ikut. 

1. Datang awal

Anda sangat disarankan untuk hadir lebih awal sebelum mesyuarat bermula. Jangan normalisasikan untuk datang lewat ke mana-mana mesyuarat atau sebarang perjumpaan. 

Pengurusan masa adalah sangat penting kerana ia menunjukkan rasa hormat anda terhadap masa orang lain. Sekiranya anda menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa untuk datang lewat, maklumkan kepada rakan sekerja yang lain.

2. Sediakan diri sebelum mesyuarat bermula

Sebelum menghadiri mesyuarat, buat rujukan atau kajian tentang topik yang akan dibincangkan. Ini memberi peluang supaya anda lebih advance berbanding orang lain

Sekiranya anda perlu membuat pembentangan, pastikan anda telah menyediakan semua bahan yang diperlukan. 

3. Kongsikan pendapat atau tanya soalan

Anda sangat disarankan untuk kongsikan pendapat atau bertanyakan soalan agar anda lebih faham input yang cuba disampaikan dalam mesyuarat tersebut. Jangan hanya berdiam dan mendengar sahaja. 

Keberkesanan dan produktiviti sesuatu mesyuarat itu bergantung pada – sama ada individu yang menghadiri mesyuarat tersebut mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan atau hanya diam sahaja. 

Tetapi awas! Jangan sesekali menyampuk ketika orang lain sedang bercakap. Tunggu sehingga giliran anda atau angkat tangan sekiranya anda ingin bersuara. 

Pastikan juga apabila anda ingin bertanyakan soalan, soalan tersebut masih dalam konteks perbincangan. Jangan terlalu ikut emosi dan bangkitkan perkara-perkara yang langsung tiada kena mengena dengan topik yang sedang dibincangkan.

4. Elakkan gangguan

5 Etika Penting Menghadiri Mesyuarat

Ramai orang cenderung untuk meletakkan telefon bimbit di atas meja ketika dalam mesyuarat, tetapi sebenarnya ini boleh menjadi satu gangguan sekiranya telefon tersebut berdering atau menyala secara tidak sengaja.

Matikan atau senyapkan telefon bimbit anda, kemudian letakkannya di tempat yang tidak kelihatan, seperti dalam beg tangan atau dalam poket.

5. Cakap dengan kuat dan jelas

Sekiranya anda mempunyai sesuatu untuk diperkatakan, cakap dengan jelas, kuat dan tidak perlu berkias-kias. 

Biasakan diri untuk cakap dengan ringkas dan mudah agar orang sekeliling faham. Jangan masukkan info-info yang tidak penting.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *