Mencabut uban (rambut putih) boleh menyebabkan kerosakan pada folikel kulit kepala selain menghasilkan trauma pada kulit kepala.
Selain itu, menurut sumber, mencabut uban hanya akan menjadikan satu bilangan rambut uban hilang, dan akan tumbuh rambut putih yang baru di dalam folikel yang sama. Sementara rambut di sekelilingnya tidak akan terkesan dan tidak menjadi putih sehingga sel pigmen folikel mereka sendiri mati.
Malah, dalam jangka masa panjang, anda sebenarnya sedang melakukan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Antaranya, ia boleh merosakkan folikel ke tahap yang mana ia tidak lagi menumbuh dan mengeluarkan rambut.
Terutamanya jika anda berulang kali mencabut uban, ia boleh menyebabkan pembentukan parut, jangkitan dan tompok botak. Sekiranya lebih teruk, tabiat mencabut uban ini akan menyebabkan rambut gugur dan menjadi nipis.
Perlu diingatkan, apabila folikel menghasilkan kurang melanin, ia turut akan menawarkan jumlah sebum yang lebih sedikit sehingga menjadikan kawasan di sekitarnya kering dan boleh menyebabkan luka dan gatal apabila dicabut.
Jadi langkah terbaik untuk menghilangkan uban (rambut putih) adalah dengan mengabaikannya. Ia bukan sahaja lebih selamat untuk jangka masa panjang malah ia tidak memberi kesan dan risiko lain kepada kulit kepala.
Sekiranya terdapat helaian kelabu yang perlu anda buang, potong dengan berhati-hati dan bukannya mencabutnya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com