5 Strategi Temu Duga Yang Paling Berkesan

5 Strategi Temu Duga Yang Paling Berkesan

Posted by

Sesi temu duga boleh memberi tekanan dan kebimbangan kepada calon. Walaupun telah banyak sesi temu duga yang anda hadir sebelum ini, namun perasaan gemuruh dan takut itu pasti ada dalam diri.

Jangan risau. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara lima strategi untuk sesi temu duga yang paling berkesan!

1. Beri first impression ketika sesi temu duga

First impression ketika sesi temu duga adalah sangat penting kerana ia boleh jadi penentu sama ada temu duga anda berjaya atau sebaliknya.

Artikel berkaitan: 3 Tips Beri ‘First Impression’ Ketika Sesi Temu Duga

2. Menjaga penampilan diri

Penampilan anda ketika sesi temu duga adalah penting kerana ia akan mencerminkan diri dan personaliti anda bahkan juga imej syarikat yang bakal anda bekerja nanti.

3. Pastikan dokumen, sijil atau portfolio anda disusun dengan kemas

5 Strategi Temu Duga Yang Paling Berkesan

Sebelum menghadiri sesi temu duga, pastikan segala dokumen rasmi, sijil atau portfolio anda disusun dengan kemas dan masukkannya ke dalam fail. 

Cara penyusunan dokumen juga adalah penting dan seringkali calon-calon temu duga tidak mengambil serius tentang perkara ini.

Cara terbaik adalah seperti berikut:

  • Letakkan resume di muka pertama
  • Susun ikut dari atas ke bawah (maksudnya, susun dari sijil berkenaan kerja, selepas itu yang berkaitan dengan universiti dan kemudian dari zaman sekolah menengah)

4. Buat kajian tentang syarikat yang anda hendak temu duga

Buat kajian tentang latar belakang syarikat/organisasi yang anda bakal ditemu duga untuk menunjukkan anda seorang yang komited dalam bekerja.

5. Tunjukkan keyakinan diri anda

Tunjukkan keyakinan diri anda semasa berkomunikasi dengan penemu duga. 

Pastikan anda praktis dahulu sebelum menghadiri sesi temu duga bagi memastikan kelancaran anda dalam melontarkan percakapan pada hari tersebut. 

Punca utama kebanyakan calon gagal dalam sesi temu duga adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diberikan. Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

Namun, jangan over confident kerana ia hanya akan memberi impression yang tidak baik kepada penemu duga.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *