Ini Sebab Kenapa Seseorang Itu Berkhayal

Ini Sebab Kenapa Seseorang Itu Berkhayal

Posted by

Berkhayal adalah salah satu fenomena psikologi yang sering dilakukan oleh kebanyakan individu.

Berkhayal, berangan atau juga dipanggil mengelamun adalah bentuk dari imaginasi yang menjadikan seseorang boleh berada jauh dari realiti atau dengan idea-idea yang tidak masuk akal. 

Berkhayal adalah salah satu cara seseorang itu untuk melarikan diri dari kehidupan seharian. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan stres bahkan dapat membantu meningkatkan kreativiti seseorang.

Artikel berkaitan: Everyday Health

Walau bagaimanapun, berkhayal secara berlebihan boleh memberi kesan negatif dengan menjadikan seseorang itu tidak fokus dan akan mengganggu produktiviti seharian.

Berkhayal secara berlebihan juga disebut sebagai Maladaptive Daydreaming Disorder (MDD) iaitu keadaan yang akan menjadikan seseorang itu terasa seperti terpisah daripada dunia realiti.

Oleh itu sekiranya anda berasa anda berkhayal secara kerap, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Ini kerana tabiat berkhayal secara berlebihan boleh menjejaskan kehidupan dan menyukarkan aktiviti harian anda.

Ini Sebab Kenapa Seseorang Itu Berkhayal

Berkhayal selalunya terjadi akibat kualiti tidur yang terganggu atau kelesuan. Untuk mengurangkan diri daripada terlalu banyak berkhayal, anda disarankan untuk mendapatkan rehat yang cukup selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain itu, anda juga boleh membaca buku, bermain permainan video, menonton filem atau apa sahaja aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda dan membantu anda untuk lebih fokus. 

Kesimpulannya, berkhayal boleh menjadi sesuatu yang positif dan negatif bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berkhayal hal-hal yang positif untuk mendapatkan manfaat yang baik darinya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Bacaan lain: ‘Delulu’ Yang Melampau Boleh Menyebabkan Gangguan Mental!

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: The Conversation 


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *