5 Kesan Boikot Terhadap Ekonomi 

5 Kesan Boikot Terhadap Ekonomi 

Posted by

Boikot adalah suatu usaha untuk tidak membeli mahupun menjual sehingga memulaukan sesuautu produk atau perkhidmatan demi menunjukkan penolakan yang kuat terhadap sesuatu isu.

Sebagai tanda solidariti kepada Palestin, gerakan boikot produk dan jenama yang menyokong Israel kembali bergema. Ramai pihak bertindak untuk menjalankan usaha boikot terhadap produk-produk buatan Israel dan syarikat yang menyokong rejim itu. 

Dari segi ekonomi, usaha untuk boikot ini boleh memberi kesan dan implikasi kepada syarikat atau organisasi yang menjadi sasaran.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan antara lima kesan boikot terhadap ekonomi.

1. Penurunan jualan

Apabila sesuatu produk atau perkhidmatan diboikot, pengeluar atau penjual akan menghadapi penurunan jualan. Ini sekaligus akan menjejaskan pendapatan mereka dan mengurangkan keuntungan.

Menurut Channel News Asia, banyak lagi cawangan restoran yang popular di Malaysia kini mengalami kelembapan perniagaan sejak kebekalangan ini ekoran boikot kerana membantah perang Israel-Hamas.

2. Tekanan kepada pihak berkuasa

Boikot boleh memberi tekanan kepada kerajaan dan badan-badan pengawalseliaan untuk bertindak terhadap syarikat atau organisasi yang menjadi sasaran boikot. Ini boleh menghasilkan perubahan dalam undang-undang atau peraturan yang mempengaruhi ekonomi.

3. Pekerja hilang pekerjaan

Sekiranya penurunan jualan semakin berterusan, syarikat mungkin perlu mengurangkan kos dengan mengurangkan pekerja atau menutup operasi mereka. Ini akan menyebabkan staf hilang pekerjaan dan akan memberi tekanan kepada pasaran tenaga kerja.

Memetik laporan Astro Awani, menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, iaitu salah satu syarikat yang diboikot, beliau berkata bahawa kempen boikot ini memberi kesan kepada perniagaan serta pekerjanya.

Menurut Pakar ekonomi, Dr Yeah Kim Leng, apabila pendapatan berkurangan, pembelian juga akan menjadi lebih perlahan. Senario terburuk adalah pemberhentian kerja dan akan membawa kepada masalah sosial.

4. Kesan terhadap rantai bekalan

Boikot juga boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam rantai bekalan. Pengeluar dan pembekal yang bergantung kepada penjualan kepada syarikat yang diboikot akan menghadapi masalah kewangan.

5. Penurunan harga saham

Syarikat yang diboikot boleh melihat nilai saham mereka merosot jika pelabur hilang keyakinan dan menjual saham mereka. Situasi ini juga boleh merosakkan nilai pasaran syarikat tersebut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *