Menurut Bank Negara, ekonomi negara berkembang lebih pantas daripada jangkaan iaitu sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 daripada 2.9% pada suku kedua tahun ini.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka dapat memenuhi sasaran kerajaan sebanyak 4% pada tahun ini, didorong oleh perbelanjaan domestik yang kukuh, keadaan pasaran buruh yang bertambah baik, dan peningkatan pelancongan.
Menurut beliau lagi, perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh pertumbuhan selanjutnya dari segi guna tenaga dan upah, manakala aktiviti pelaburan disokong oleh kemajuan projek berbilang tahun dan pengembangan kapasiti oleh syarikat.
Selain itu, eksport kekal lembap berikutan kelemahan permintaan luaran yang berpanjangan. Namun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh kemasukan pelancong asing yang kembali pulih.
Dari segi penawaran pula, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian terus menyokong pertumbuhan.
Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi oleh penurunan pengeluaran dalam sektor perkilangan disebabkan permintaan yang lemah terhadap produk elektrik dan elektronik serta pengeluaran produk petroleum bertapis yang lebih rendah.
Artikel berkaitan: 5 Kesan Boikot Terhadap Ekonomi
Kerajaan menganggarkan ekonomi akan berkembang antara 4% hingga 5% pada tahun 2024.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com