4 Tips Untuk Bantu ‘Career Growth’ Anda

4 Tips Untuk Bantu ‘Career Growth’ Anda

Posted by

Career growth ataupun perkembangan kerjaya adalah sebuah perjalanan menuju sesuatu yang ingin dicapai dalam kerjaya anda. Ia juga adalah proses jangka panjang untuk bergerak ke arah matlamat profesional utama anda.

Sama ada anda ingin menjadi ketua eksekutif (CEO) di syarikat atau memulakan perniagaan sendiri, career growth adalah sangat penting untuk memastikan anda mempunyai target untuk dicapai.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 4 tips untuk bantu career growth anda. 

1. Tentukan apa yang anda inginkan untuk kerjaya dan mula untuk bina strategi

Career growth anda tidak akan selalu berjalan seperti yang diinginkan. Kadangkala, ia melibatkan perubahan kerjaya (career change) agar anda jumpa apa yang anda cari. 

Sebagai contoh, katakan anda bekerja dalam bidang pereka grafik, tetapi anda sentiasa ingin tahu tentang kerjaya fotografi. Syarikat anda mungkin membenarkan anda kekal pada tahap yang sama tetapi berpindah ke jabatan baharu. 

Anda boleh mengambil pekerjaan baharu dengan tanggungjawab yang sama di syarikat yang lebih diminati. Kedua-dua cara ini merupakan usaha terbaik untuk terus mengembangkan kerjaya walaupun anda tidak pasti matlamat kerjaya utama.

2. Katakan ‘ya’ pada peluang baharu

Berkata ‘ya’ sedikit sebanyak boleh membantu career growth anda. Sebagai contoh, anda perlu mengambil bahagian dalam program bimbingan atau peningkatan kemahiran (skill improvement), ia akan membantu anda mengambil langkah seterusnya untuk career growth.

Menerima tanggungjawab pekerjaan yang baharu juga boleh mendorong untuk mempelajari kemahiran yang baharu. Melakukan pekerjaan sampingan atau projek bebas (freelance project) juga akan membantu mencari minat baharu dan membina portfolio pekerjaan yang lebih baik..

Salah satu daripada peluang ini boleh menjadi apa yang diperlukan untuk career growth anda. Anda hanya perlu berani untuk berkata ‘ya’.

3. Jadikan networking sebagai satu keutamaan

Networking atau rangkaian adalah salah satu cara terbaik untuk mencapai matlamat career growth. 

Berikut adalah beberapa cara untuk anda mula bina networking untuk career growth anda:

  • Menghadiri persidangan/kursus di mana anda boleh berjumpa orang baharu dalam bidang anda
  • Manfaatkan networking di LinkedIn anda 
  • Luangkan masa bersama rakan sekerja daripada jabatan lain supaya anda boleh belajar tentang bidang masing-masing
  • Sertai persatuan yang berkaitan dengan industri yang mana anda boleh berhubung dengan orang lain

4. Bina kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan (teamwork) dan kepimpinan

Untuk berjaya dalam career growth anda, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan (teamwork) dan kepimpinan adalah sangat penting 

Kemahiran komunikasi boleh membantu anda berjaya dalam temu duga atau bercakap tentang kenaikan pangkat.

Kemahiran kerja berpasukan pula penting kerana kebanyakan pekerjaan memerlukan anda bekerja dengan orang lain. Ini bermakna anda mampu membina rasa hormat dan kepercayaan dengan ahli pasukan supaya boleh mencapai matlamat pasukan yang ditetapkan oleh syarikat.

Manakala kemahiran kepimpinan diperlukan pada setiap peringkat kerjaya agar dapat melakukan kerja berkualiti tinggi, mempunyai personaliti yang hebat dan menyokong rakan sekerja.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *