Memetik laporan Bernama, graduan Komunikasi Massa atau Masscom masih tetap relevan di pasaran walaupun teknologi kecerdasan buatan (AI) telah digunakan secara meluas.
Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata graduan UiTM dari bidang ini berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menerima ijazah mereka.
Menurut beliau lagi, universiti itu telah melahirkan 41 lepasan sarjana dan 459 lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa dan berdasarkan statistik kebolehpasaran lepasan fakulti itu dalam industri adalah 90 peratus.
Apabila bercakap mengenai AI ingin ambil alih, teknologi ini tidak boleh berada bersendirian tanpa ada manusia yang membantu. Ini bermakna ia masih memerlukan tenaga pakar untuk merealisasikan apa yang dilaksanakan oleh AI tersebut dalam konteks media.
Tidak dinafikan bidang AI ini pada suatu masa dahulu memang hanya tertumpu kepada di hadapan dan belakang kamera sahaja tetapi kini bidang ini telah dibesarkan kepada mencipta perisian, mereka bentuk laman sesawang, aplikasi, animasi dan ia sangat luas.
Artikel berkaitan: Bidang Pekerjaan Yang Mungkin Tidak Akan Diambil Alih AI
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com