Tahap Celik Kewangan Rakyat Malaysia Masih Di Tahap Rendah

Tahap Celik Kewangan Rakyat Malaysia Masih Di Tahap Rendah

Posted by

Memetik rujukan daripada National Strategy for Financial Literacy satu daripada tiga rakyat Malaysia menilai diri mereka sebagai rendah dalam pengetahuan kewangan.

Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memerlukan dorongan yang lebih besar berkaitan celik kewangan.

Hal ini turut dibuktikan apabila Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid dalam satu temu bual mengatakan bahawa rakyat Malaysia menghadapi peningkatan risiko penipuan kewangan kerana kurang celik hal kewangan digital mereka.

Oleh itu, dua platform celik kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura, Akademi Jopez dan Little Tauke melangkah masuk untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan muda dan keluarga mereka dengan menyediakan pendidikan kewangan yang komprehensif. 

Ia adalah untuk membantu masyarakat Malaysia memahami lebih banyak perkara-perkara berkaitan kewangan.

Ia termasuklah kem anjuran bersama, bengkel dan tawaran berpakej yang membolehkan keluarga menggabungkan kelas bersama kedua-dua organisasi tersebut dengan pendekatan yang lebih komprehensif terhadap celik kewangan.

Akademi Jopez dan Little Tauke mempunyai perancangan besar untuk pengembangan mereka dengan tumpuan kepada pertumbuhan di Asia Tenggara pada 2024.

Di samping itu, kedua-dua akademi ini juga sedang meneroka kerjasama yang berterusan dan akan datang dengan institusi pendidikan serta inisiatif celik kewangan yang lain.

Bacaan lain: Awas! 5 Tanda Syarikat Anda Bekerja Sedang Alami Krisis Kewangan

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: RamaRama

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *