Singapura Bandar Termahal Di Dunia, Kuala Lumpur Di Tempat Ke-180

Singapura Bandar Termahal Di Dunia, Kuala Lumpur Di Tempat Ke-180

Posted by

Singapura dan Zurich telah disenaraikan sebagai bandar termahal di dunia untuk tahun 2023, demikian menurut senarai terbitan The Economist hari ini.

Menurut akhbar mingguan Britain tersebut, harga barangan dan perkhidmatan dianggarkan meningkat secara purata sebanyak 7.4% sejak setahun lalu di 173 bandar utama dunia, kurang sedikit berbanding rekod inflasi, 8.1% pada 2022.

“Krisis kos sara hidup masih jauh untuk berakhir dan paras harga kekal lebih tinggi daripada trend dalam sejarah. Inflasi juga dijangkakan akan terus menurun pada 2024 berikutan impak kenaikan kadar faedah oleh bank pusat untuk memerangi kenaikan harga,” kata ketua kajian tersebut, Upasana Dutt.

Empat daripada 10 bandar paling mahal berada di Benua Eropah. Kedudukan tersebut berikutan kadar inflasi tinggi berterusan yang menyebabkan harga makanan dan pakaian meningkat,  di samping kenaikan nilai mata wang euro berbanding dolar.

Sementara itu, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-180 daripada 227 bandar dalam senarai tersebut.

Artikel berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Di Asia Yang Fasih Berbahasa Inggeris

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *