Terdapat pelbagai jenama dan bentuk sabun pencuci baju antaranya cecair, buku, serbuk, kapsul dan manik. Walau bagaimanapun, pencuci baju serbuk dan cecair sering menjadi pilihan orang ramai.
Jadi, dalam artikel kali ini, kam akan kongsikan apakah perbezaan antara pencuci baju serbuk dan cecair dan yang mana satu yang lebih baik.
Pencuci baju serbuk
Lazimnya, pencuci baju berbentuk cecair adalah lebih murah berbanding pencuci baju cecair. Ia adalah sabun pencuci jenis surfaktan dan mengandungi alkilbenzena sulfonat yang berkesan untuk menghilangkan kotoran degil seperti tanah, lumpur dan sebagainya. Pencuci baju serbuk juga lebih tahan lama berbanding pencuci lain.
Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna pencuci baju serbuk menghadapi kesukaran apabila ia sukar larut di dalam air sejuk. Ia boleh digunakan untuk mencuci kesan di baju tetapi perlu dilarutkan menjadi pes terlebih dahulu.
Selain itu, pencuci baju berbentuk serbuk perlu dikekalkan dalam keadaan kering kerana air boleh menjadi punca ia bergumpal.
Menurut Mary Gagliardi, saintis di syarikat The Clorox, pencuci baju berbentuk serbuk lebih sesuai digunakan terhadap pakaian yang terlebih kotor kerana ia mempunyai tahap pH yang lebih tinggi.
Pencuci baju serbuk mempunyai kebaikan seperti:
- Lebih murah
- Tahan lama
- Bungkusan lebih mesra alam
- Sesuai untuk pakaian yang terlalu kotor
Perlu diingatkan apabila menggunakan pencuci baju berbentuk serbuk ini, anda harus menggunakan ukuran yang betul. Ini kerana penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ia sukar larut dan akan melekat pada pakaian.
Pencuci baju cecair
Kebanyakan pencuci baju berbentuk cecair mengandungi bahan alkohol etoksilat yang berkesan dalam menghilangkan kotoran berminyak. Pencuci baju dalam bentuk cecair boleh digunakan dengan air sejuk mahupun panas.
Pencuci baju cecair mempunyai kebaikan seperti:
- Lebih mudah larut
- Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
- Baik untuk menghilangkan kesan minyak
- Boleh digunakan untuk mencuci guna tangan
Sama seperti pencuci baju serbuk, pencuci baju cecair juga perlu digunakan berdasarkan ukuran yang ditetapkan. Jika terlalu banyak cecair digunakan, akan menyebabkan kotoran di dalam mesin basuh dan mengeluarkan bau yang kurang enak.
Secara ringkasnya, kedua-dua bentuk pencuci baju ini berkesan dalam membersihkan pakaian serta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, pilihan perlu dibuat berdasarkan keperluan dan situasi membasuh pakaian. Ia adalah lebih baik dan memudahkan sekiranya anda mempunyai bekalan kedua-dua bentuk pencuci baju ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.
Bacaan lain: Pekerja Yang Sibuk VS Pekerja Yang Produktif: Apakah Perbezaannya
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com