Kadar Pengangguran Di Malaysia Semakin Berkurangan 

Kadar Pengangguran Di Malaysia Semakin Berkurangan 

Posted by

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran pada bulan November 2023 turun kepada 3.3 peratus dan kembali ke paras prapandemik iaitu mencatatkan seramai 569,200 orang penganggur.

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia berkata, prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan November 2023, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala pengangguran terus menurun.

Pada bulan November 2023, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Oktober 2023. 

Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2023 kekal pada 70.1 peratus, sama seperti pada bulan sebelumnya.

Mohd Uzir berkata, “bilangan penduduk bekerja pada November 2023 terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah kepada seramai 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

“Kadar pengangguran pada bulan itu turun kepada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada bulan terdahulu,” katanya.

Menurut beliau lagi, jumlah bilangan penduduk bekerja pada bulan November 2023, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja.

Katanya, kategori ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.37 juta orang.

Pada masa yang sama, kategori penduduk bekerja sendiri berada dalam trend menaik, meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 2.99 juta orang.

Artikel berkaitan: Sektor Perladangan Getah Perlukan 80,000 Pekerja

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Buletin TV3

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *