Tips Bina Hubungan Baik Dengan Orang Lain

Tips Bina Hubungan Baik Dengan Orang Lain

Posted by

Membina hubungan yang baik sesama manusia merupakan suatu perkara yang sangat penting agar diri kita sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Namun, membina hubungan ataupun connections ini bukanlah semudah yang dibayangkan. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 4 tips mudah untuk anda bina hubungan baik dengan orang lain.

1. Buat mereka rasa selesa

Tips Bina Hubungan Baik Dengan Orang Lain

Mulakan dengan memberi perhatian kepada mereka dan buat mereka rasa selesa dan senang dengan anda.

Sekiranya mereka meminta atau memberi pandangan, dengarkan apa yang mereka ingin sampaikan.

Pilih kata-kata yang baik dan sesuai dalam perbualan. Mereka akan berasa penting dan dihargai dan ini secara tidak langsung akan menguatkan lagi hubungan anda dengan mereka.

2. Bahasa tubuh memainkan peranan

Bahasa tubuh atau gerakan tubuh memainkan peranan penting apabila sedang berkomunikasi dengan seseorang. Ketika sedang berkomunikasi, tumpukan perhatian anda pada perkara yang mereka sedang luahkan. 

Elakkan daripada melihat telefon atau memberi tanda lain yang anda tidak berminat.

Sekiranya anda perlu meletakkan tumpuan di tempat lain, minta maaf dan terangkan perkara yang anda lakukan, kemudian tetapkan semula fokus anda.

3. Cuba masuk dengan cara orang lain

Orang akan lebih mudah tertarik sekiranya anda boleh masuk dengan cara yang mereka bawakan. 

Contohnya sekiranya energy mereka tinggi, naikkan energy anda agar sepadan dengan energy mereka. 

Jaga intonasi suara agar anda tidak nampak seperti mahu mengawal perbualan atau terlalu sukar untuk didekati. 

Pastikan juga anda tidak membuat riak muka yang memberi ketidakselesaan kepada orang lain seperti riak mencebik, mengejek dan sebagainya.

4. Cuba cari persamaan

Tips Bina Hubungan Baik Dengan Orang Lain

Untuk lebih memudahkan anda untuk bina hubungan dengan orang lain, anda perlu mencari persamaan sewaktu berkomunikasi. 

Walaupun agak mustahil untuk mencapai kata sepakat dalam segala hal, sekurang-kurangnya ada persamaan yang ditemui dan boleh dijadikan bahan bualan yang bermakna. 

Jika tidak bersetuju dengan sesuatu, hormati setiap pendapat dan tukar ke topik lain agar tidak menimbulkan konflik yang besar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *