60% Sektor Pekerjaan Dunia Terkesan Akibat AI 

60% Sektor Pekerjaan Dunia Terkesan Akibat AI 

Posted by

Menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, Kecerdasan Buatan (AI) dijangka menimbulkan risiko kepada keselamatan pekerjaan di seluruh dunia, tetapi menawarkan ‘peluang besar’ untuk meningkatkan tahap produktiviti dan merangsang pertumbuhan ekonomi global.

Beliau turut menegaskan bahawa Kecerdasan Buatan (AI) akan memberi kesan sebanyak 60% bagi sektor pekerjaan dalam ekonomi maju.

“Memandangkan AI dijangka kurang memberi kesan kepada negara membangun, kira-kira 60 peratus pekerjaan di seluruh dunia mungkin terjejas.

“Lebih banyak anda memiliki pekerjaan berkemahiran tinggi, maka lebih tinggi impaknya,” katanya.

Artikel berkaitan: 8 Pekerjaan Yang Senang Dapat Kerja Tahun 2024

Walau bagaimanapun, laporan IMF turut menyatakan bahawa hanya separuh daripada pekerjaan yang terkesan oleh AI akan menerima impak secara negatif selebihnya mungkin mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti yang disebabkan oleh AI.

“Anda mungkin akan hilang pekerjaan anda, sama sekali tidak bagus tetapi kecerdasan buatan juga boleh membantu pekerjaan anda.”

“Jadi, anda sebenarnya akan menjadi lebih produktif dan tahap pendapatan anda boleh meningkat,” kata Georgieva.

IMF melihat peluang penting untuk pembangunan dasar, dalam usaha untuk menangani kebimbangan berkenaan.

Kita mesti memberi tumpuan untuk membantu negara berpendapatan rendah khususnya untuk bergerak lebih pantas bagi meneroka peluang yang akan ditawarkan oleh AI.

“Justeru, AI, benar agak menakutkan. Namun, ia juga peluang luar biasa untuk semua,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *