Iphone Menjadi Telefon Pintar Terlaris Dunia Mengalahkan Samsung

Iphone Menjadi Telefon Pintar Terlaris Dunia Mengalahkan Samsung

Posted by

Buat pertama kalinya, iPhone keluaran syarikat Apple telah menjadi telefon pintar dengan penjualan terbesar di dunia selepas mengalahkan rekod 12 tahun milik syarikat Samsung.

Pada Isnin lalu, International Data Corporation (IDC) telah mengeluarkan data yang menyatakan iPhone telah ‘merampas takhta’ Samsung bagi jualan tahun lalu dengan 234.6 juta unit terjual, berbanding 226.6 juta unit daripada firma Korea Selatan tersebut.

Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) berkenaan menguasai 20.1 peratus bahagian pasaran mendahului 19.4 peratus Samsung, kata IDC.

Iphone Menjadi Telefon Pintar Terlaris Dunia Mengalahkan Samsung

Menurut penganalisis, peningkatan Apple adalah disebabkan kejayaan peranti premium seperti iPhone.

Ia juga menunjukkan pasaran semakin berpecah-belah untuk telefon pintar yang menggunakan sistem pengendalian Android, merujuk kepada saingan Samsung kelas rendah seperti Transsion dan Xiaomi serta Honor dan Google.

Selain itu, kejayaan tawaran Huawei yang diterima baik di China juga memberi kesan ke atas penurunan jualan Samsung, kata IDC.

Menurut IDC dalam satu kenyataan, penghantaran telefon pintar global Samsung juga merosot sebanyak 3.2 peratus kepada 1.17 bilion unit pada 2023, walaupun kumpulan itu berkata industri berkenaan telah pulih selepas tempoh ‘tidak aktif’.

“Pertumbuhan pada separuh kedua tahun itu telah mengukuhkan jangkaan pemulihan untuk 2024,” kata IDC.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Berita RTM


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *