Tips Penjagaan Telinga, Elak Pekak Di Usia Muda

Tips Penjagaan Telinga, Elak Pekak Di Usia Muda

Posted by

Generasi masa kini gemar memakai earphone atau headphone terutamanya apabila mendengar muzik, bermain game, serta menonton filem.

Namun sedarkah anda akan kesan yang bakal berlaku sekiranya anda kerap menggunakan peranti ini? Berdasarkan kajian, penggunaan kedua-dua peranti ini boleh mendatangkan kesan negatif yang berpanjangan kepada kesihatan telinga anda.

Salah satu faktor penyumbang kepada kerosakan deria pendengaran adalah penggunaan earphone dan headphone yang terlalu lama!

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi (alat audio, konsert & tempat kerja).

Kalau anda nak tahu, telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20,000 Hz (20kHz) sahaja. Sekiranya manusia mendengar lebih daripada had itu, telinga akan mula hilang daya pendengaran secara perlahan-lahan.

Jadi, berikut kami kongsikan lima tips mudah penjagaan telinga bagi mencegah diri anda dari pekak.

1. Elakkan penggunaan earbuds

Tips Penjagaan Telinga, Elak Pekak Di Usia Muda

Earbuds adalah alat yang mempunyai pembesar suara (speaker) yang kecil dengan kelantangan bunyi yang besar.

Ia mampu memberikan kesan yang lebih buruk berbanding dengan penggunaan headphone yang hanya dipakai di bahagian luar telinga. Anda digalakkan untuk gantikan penggunaan earbuds kepada headphone.

2. Tetapkan masa untuk penggunaan earphone

Penggunaan earphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mampu mengganggu fungsi otak.

Oleh itu, pada setiap 90 minit penggunaan earphone, anda perlu rehatkan telinga agar kesihatan telinga anda tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

3. Beri masa untuk perbaiki fungsi telinga yang rosak

Tips Penjagaan Telinga, Elak Pekak Di Usia Muda

Beri masa rehat untuk telinga perbaiki kerosakan. Telinga manusia memerlukan 16 jam untuk memperbaiki kerosakan disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.

4. Tetapkan had bunyi yang selamat

Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Biasakan diri mendengar bunyi dengan volume yang rendah kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.

5. Minimumkan penggunaan earphone

Untuk anda yang gemar memakai earphone hampir 24 jam sehari, anda dinasihatkan untuk belajar meneruskan kehidupan seharian tanpa perlu menggunakannya.

Tabiat ini perlulah dielakkan, kerana telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Artikel berkaitan: 9 Tips Mudah Hilangkan Nafas Berbau

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: X

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *