Tips Berpakaian Formal Di Tempat Kerja

Tips Berpakaian Formal Di Tempat Kerja

Posted by

Gaya pemakaian seseorang di tempat kerja memainkan peranan yang sangat penting. Ia akan memberikan first impression kepada majikan, rakan sekerja dan mungkin juga bakal pelanggan (potential client).

Oleh itu, untuk membantu anda tampil segak dan cantik dengan gaya yang sesuai ke pejabat, berikut merupakan 6 tips berpakaian formal di tempat kerja yang anda boleh jadikan sebagai panduan.

1. Pilih pakaian yang sesuai dengan industri tempat anda bekerja

Setiap industri mempunyai kod pakaian formal yang berbeza. Sebelum membuat pilihan, fahami kod pakaian dalam industri tempat anda bekerja. Sesuaikan gaya pakaian anda dengan imej perniagaan anda.

2. Patuhi etika pakaian formal

Walaupun anda ingin mengekspresikan gaya pemakaian di tempat kerja, anda perlu sentiasa patuhi etika pakaian formal. Pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. 

Elakkan memakai pakaian yang terlalu menyerlah atau mencolok mata. Sentiasa ingat bahawa penampilan seseorang akan memberi first impression kepada orang lain. Pilih gaya anda dengan bijak.

3. Pastikan pakaian bersih dan kemas

Kebersihan dan kekemasan pakaian anda adalah kunci untuk mencapai imej formal yang lengkap. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan wangi. Rapikan kolar dan butang baju agar memberikan kesan profesional. Jangan lupa untuk seterika baju sebelum dipakai.

4. Kasut formal yang sesuai

Kasut adalah sebahagian penting daripada padanan pakaian formal. Pilih sepasang kasut formal yang sesuai dengan warna dan gaya pakaian anda. 

Pilihlah kasut kulit berwarna hitam dan bertutup. Jangan sesekali memakai selipar, sandal mahupun sneakers untuk gaya formal korporat.

5. Padanan warna yang tepat

Pemilihan warna pakaian memainkan peranan penting dalam penonjolan imej formal. Warna gelap seperti hitam, kelabu dan biru gelap sering dikaitkan dengan profesionalisme.

Namun, jangan takut untuk memadankan warna terang untuk menambahkan sedikit personaliti. Pastikan kombinasi warna anda seimbang dan bersesuaian.

6. Aksesori yang bersesuaian

Pemakaian aksesori boleh memberikan sentuhan khas kepada pakaian formal anda. Pilih aksesori yang sesuai seperti jam tangan, rantai atau tali leher. Pastikan aksesori tersebut tidak terlalu mencolok mata dan sesuai dengan gaya pakaian anda. 

Artikel berkaitan: Tips Mudah Jadikan Tempat Kerja Sebagai ‘Happy Place’

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *